Soalan : Saya ingin mengutarakan satu soalan, setelah bekerja
selama 12 tahun, jarang sekali ketua jabatan saya menghargai saya dengan baik,
apa yang saya dapat ialah KJ saya sering mengunakan perkataan beruk, celaka,
tak pandai dan pelbagai perkataan lagi yang menyakitkan hati, apa yang saya
boleh buat untuk mengatasi masalah ini ?

Namun saya percaya semua itu hanya bermain difikiran sahaja, syukur
kerana Pn tidak membalas balik makian yang dibuat, apa yang saya dapat katakan
ialah KJ yang mengunakan kata-kata yang buruk sebenarnya bermasalah dan
akhlaknya buruk, lebih malang lagi sekiranya pihak majikan pula menyokong
tingkah laku sedemikian berlaku dalam organisasi

Pn memang tak boleh nak mengubah tingkah laku KJ,
namun apa yang boleh dibuat ialah berdoa selalu untuk KJ agar dia berubah,
menjadi baik akhlak dan adabnya. Paling penting kita bersyukur kepada Allah
kerana menghantar seorang yang buruk perangainya sebagai ujian kepada diri kita
agar kita teruji kesabaran dan keimanan
“Takutlah
kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang
hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
No comments:
Post a Comment