Tuesday, October 18, 2011

Karnival Kerjaya Guru

salam kepada semua,

minggu ini antara minggu-minggu yang paling sibuk untuk Bahagian Kaunseling dan Kerjaya. Karnival Kerjaya Guru merupakan produk terkini yang akan mengambil tempat pada 19 dan 20 Oktober, bermakna esok dan lusa. Cetusan mengadakan Karnival Kerjaya Guru terbit hasil saranan Mantan Naib Canselor, Prof Dato Dr Aminah Ayob yang mahukan acara berbentuk pameran kerjaya diadakan dan menjadi produk universiti secara tahunan sama seperti di universiti lain.  

Acara ini sebenarnya telahpun menjalani cubaan pertama pada semester lepas dengan jenama Dialog KPM, SPP dan NUTP dengan jumlah peserta melebihi 400 orang. Dalam majlis perasmian yang dibuat oleh TNC A&A ketika itu Prof Dr Zakaria, beliau telah menyarankan penambahbaikan dengan memasukkan beberapa elemen tambahan dan melibatkan lebih banyak agensi. 

Para peserta yang hadir juga menyatakan keperluan untuk acara tersebut dijalankan secara berkala dan memberi komen positif kerana berupaya menambah pengetahuan tentang pekerjaan yang diceburi kelak serta beberapa kemahiran yang dapat dipratikkan terutama melibatkan kemahiran temuduga.

Hasil dari maklum balas positif pengurusan universiti dan pelajar, maka Karnival Kerjaya Guru menjadi kenyataan akhirnya. Karnival yang fokus aktivitinya kepada 3 golongan iaitu :

  1. mahasiswa yang akan mendapat peluang berkomunikasi dengan 2 agensi terpenting dalam kerjaya mereka iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia yang menampilkan slot Kemahiran Temuduga dan Perkongsian Bersama Guru Cemerlang. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran pula tampil dengan slot Persedia Bakal Guru. sebuah NGO yang akan menaungi kebanyakkan guru iaitu NUTP bergabung dengan KPM dan SPP bakal muncul dengan dialog bertajuk Isu dan Cabaran.
  2. Pelajar sekolah dan guru merupakan sasaran terbaru karnival. Pihak Bahagian Kaunseling dan Kerjaya telah menyediakan slot Pameran yang diisi oleh Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional serta Fakulti Sains Sukan & Kejurulatihan. Slot Pemeran dan Ceramah oleh Bahagian Akedemik antara yang mungkin akan diserbu pelajar sekolah. sehingga hari ini 700 pelajar sekolah telahpun menyatakan komitmen untuk hadir menyertai karnival.
  3. Kumpulan ketiga sasaran Bahagian ialah melatih kelab PEMADAM dan PRS untuk mengendalikan dan menguruskan acara. Seramai 70 anggota kedua-dua kelab akan bergabung dan memperolei pengalaman meliputi keusahawanan dengan gerai makan, kemahiran kepimpinan dan pembinaan pasukan serta komunikasi dalam menguruskan semua acara yang dijalankan.

Pihak Bahagian Kaunseling dan Kerjaya merakam penghargaan yang tidak terhingga kepada mantan TNC HEPA Prof Dr Shahruddin yang telah meluluskan program dan bajet, pihak JPPHB yang menyediakan peralatan dan Unit Keselamatan. Secara peribadi juga penghargaan dihulurkan buat rakan pensyarah yang akan terlibat dalam simulasi temuduga untuk pelajar sekolah, slot perkongsian pengalaman bertugas dipendalaman dan sahabat saya Encik Aziz Yatim dengan slot bertajuk 'U I Love Teacher'.

Tahniah dan terima kasih juga dihulurkan buat semua petugas sempena Karnival ini terutama sahabat-sahabat di Bahagian Kaunseling & Kerjaya serta Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Terakhir kepada 2 bos di JHEPA iaitu Dato Paduka Dr    Junaidi dan Puan Hajah Zainab, terima kasih atas tunjuk ajar dan sokongan berterusan yang diberikan  untuk Karnival Kerjaya Guru.

 semua pembaca budiman dijemput hadir


19 Oktober 2011

Auditorium Utama  
9.00 pg - 11.00 pg                   Kemahiran Menghadiri Temuduga Guru (Kementerian Pelajaran Malaysia )
11.00 pg - 1.00 ptg                 Taklimat Persediaan Bakal Guru Bersama SPP
2.30 ptg - 4.30 ptg                 Perkongsian Pengalaman Bersama Guru Cemerlang

Bilik Seminar, Bitarasiswa
12.00 tgh -  1.00 ptg               Perkongsian Pengalaman Bertugas Di Pedalaman

Bilik Aktiviti BKK
9.00 pg - 4.30 ptg                   Mengenal Diri Melalui Ujian Psikologi seperti Inventori Minat Kerjaya, Personaliti Sidek, Personaliti Warna, Gaya Bercinta & Ujian Kecenderungan Diri ( NLP )

20 Oktober 2011

Auditorium Utama
9.00 pg - 11.00 pg                   Kemahiran Menghadiri Temuduga Guru (Kementerian Pelajaran Malaysia )
11.00 pg - 1.00 ptg                  Dialog Isu & Cabaran Sebagai Guru ( KPM, NUTP & SPP )
2.30 ptg - 4.30 ptg                 U I Love Teacher

Bilik Seminar, Bitarasiswa
9.30 pg - 10.30 pg                   Perkongsian Pengalaman Bertugas Di Pedalaman

Bilik Aktiviti BKK
9.00 pg - 4.30 ptg                   Mengenal Diri Melalui Ujian Psikologi seperti Inventori Minat Kerjaya, Personaliti Sidek, Personaliti Warna, Gaya Bercinta & Ujian Kecenderungan Diri ( NLP )


19 & 20 Oktober 2011 ( Khas untuk pelajar sekolah )

Dewan Konvensyen E-Learning    
 9.00 pg - 11.00 pg                  Taklimat Jom Masuk UPSI
2.30 ptg - 4.30 ptg                  Rahsia Kemasukan Ke Program Pendidikan

Bilik Interaksi  ( L ) / ( P ) Bitarasiswa
9.00 pg - 4.30 ptg                   Simulasi Temuduga Program Pendidikan Untuk Pelajar Sekolah  ( Temuduga akan dijalankan oleh panel penemuduga yang berpengalaman dalam pengambilan pelajar )

 BERSAMA MEMBINA POTENSI

Friday, July 29, 2011

Struggling Butterfly

A man found a cocoon of a butterfly. One day a small opening appeared. He sat and watched the butterfly for several hours as it struggled to force its body through that little hole. Then it seemed to stop making any progress. It appeared as if it had gotten as far as it could, and it could go no further.
So the man decided to help the butterfly. He took a pair of scissors and snipped off the remaining bit of the cocoon.
The butterfly then emerged easily. But it had a swollen body and small, shriveled wings.
The man continued to watch the butterfly because he expected that, at any moment, the wings would enlarge and expand to be able to support the body, which would contract in time.
Neither happened! In fact, the butterfly spent the rest of its life crawling around with a swollen body and shriveled wings. It never was able to fly.
What the man, in his kindness and haste, did not understand was that the restricting cocoon and the struggle required for the butterfly to get through the tiny opening were God’s way of forcing fluid from the body of the butterfly into its wings so that it would be ready for flight once it achieved its freedom from the cocoon.
Sometimes struggles are exactly what we need in our lives. If we go through our lives without any obstacles, it would cripple us. We would not be as strong as what we could have been. We could never fly!
 
Author Unknown

Friday, April 29, 2011

SIBUK & PENYIBUK

salam kepada semua

pagi tadi saya berpeluang menyampaikan sedikit bual bicara dalam tazkirah anjuran JHEPA di pusat kesihatan... terima kasih kepada mereka yang menyediakan pulut, mee goreng, pisang dan air mineral untuk rakan2 menjamu selera... sedekah mengajar kita erti bersyukur.

saya menyentuh tentang sibuk dalam dalam bual bicara tersebut... bertapa pentingnya sibuk difahami diri kita sebagai umat islam. kita diberi amanah menjadi khalifah di muka bumi dengan peraturan yang jelas dari al-Quran dan pedoman yang pratikal dari hadis Rasul Allah . maka saya mengutarakan konsep miroring yang diajar dalam kursus bitara upsi dalam nilai kreatif dan innovatif sebagai rujukan.

konsep miroring ini telah menjadi amalan sahabat rasul Allah sejak mula... iaitu sunnah rasul... dan saya mengatakan bahawa kalau para sahabat yang mengamalkan sunnah ini berjaya kenapa kita tidak mengamalkannya untuk berjaya di dunia dan akhirat. konsepnya mudah ikut dan tiru perlakuan rasul maka kita juga akan berjaya seperti sahabat Rasul Allah.

kedua ingatan saya supaya jangan la kita menjadi penyibuk iaitu sibuk tentang perkara yang bukan kerja kita dalam amalan islam dan pekerjaan di universiti. saya mengingatkan diri saya dengan frasa yang mudah dari Haji Anuar bekas Pengarah Pembangunan Pelajar JHEPA....'kalau kerja kita menangkap rama-rama, jangan sibuk nak menangkap katak'. frasa yang mudah ini memberi peringatan bertapa penting kita fokus dan sibuk dengan tugas sebenar kita daripada menjadi penyibuk menganggu kerja orang lain.
  
maka mari la kita merenung diri sempena jumaat penghulu hari ini...adakah kita sudah sibukkan diri kita sebagai umat islam dalam hal2 sebagai khalifah di muka bumi dalam amalan fardu ain dan khifayah kita serta kita sibukkan diri dengan hal pekerjaan kita berdasarkan fail meja yang menjadi rujukan utama. atau kita menjadi penyibuk melihat amalan dan perbuatan manusia lain. renung-renungkan..... wasalam

Monday, February 7, 2011

cuti panjang dan semangat kerja

salam kepada semua

isnin bukan hari yang baik untuk sesetengah induvidu, tetapi bagi kebanyakan kita isnin adalah hari yang ditunggu-tunggu. kenapa berbeza antara individu dengan individu lain tentang hari. sebenarnya setiap individu berbeza sangat penerimaan tentang sesuatu perkara berbanding individu lain kerana pelbagai faktor atau punca.

ambil contoh cuti tahun cina yang begitu panjang, pagi ini tentu ada yang liat untuk bangun tidur, ada yang datang dengan muka muncung bak seludang, ada yang bajunya kedut seribu dan yang lebih ekstream lagi tetiba sahaja mengambil cuti kecemasan. kenapa agaknya ye

semua ini berlaku kerana semangat kerja mereka sangat lemah dan terpengaruh dengan persekitaran kerja. lazimnya golongan pekerja begini sangat terdorong oleh motivasi luaran, nikmat kerja mereka terarah kepada apa yang ada di pejabat yang dapat menarik minat untuk bekerja..kerana cuti yang panjang, kebiasaannya mereka sukar untuk mengingati keseronokkan yang ada di pejabat untuk menarik mereka memulakan semula kerja.

memandangkan jenis personaliti mereka lebih kepada persekitaran, beban untuk mengosok baju pun boleh menjejaskan mood untuk bekerja, sekiranya ditambah dengan hidup berkeluarga, persiapan untuk anak-anak bersekolah dan pasangan juga mungkin akan membantutkan motivasi bekerja hari isnin mereka. apatah lagi kalau sampai sahaja di pejabat mendapati kawan baik mereka bercuti...mood kerja mungkin disentap teruk.

jadi, apa penyelesaiannya. bagi individu sedemikian atau lebih dikenali sebagai individu personaliti x, langkah sementara ialah dengan membuat persediaan awal untuk isnin atau hari memulakan kerja. semua persiapan kerja perlu dibuat awal, sebolehnya hari terakhir bekerja, cuba elak untuk menyediakan persiapan memulakan kerja disaat akhir. ini kaedah yang biasa.

kaedah yang kedua ialah membuat pemetaan semula tingkahlaku. kaedah ini lazimnya memerlukan anda berjumpa kaunselor yang mahir untuk membantu anda set semula kepercayaan atau pola pemikiran bawah sedar agar lebih positif dan kurang pergantungan kepada persekitaran sebaliknya berfokus kepada diri atau motivasi dalaman. anda buat anda dapat....wasallam.

Wednesday, February 2, 2011

DUNIA KERJA KITA...kenapa balik awal sangat

salam untuk semua,

apabila memasuki dunia pekerjaan, ramai dari kita tentu memikirkan tentang gaji dan kemudahan yang akan dinikmati. maslow sebagai ahli teori kemanusiaan dalam hirarki keperluan manusia meletakkan bahawa keperluan asas adalah pencetus kepada keperluan seterusnya. mengambil model itu sebagai rujukan, sudah tentu apabila kita mendapat pekerjaan dan seterusnya menikmati gaji pertama..kita akan bercakap pula untuk menikmati kenaikan gaji atau pangkat pada masa depan.

tiada kesalahan atau bantahan pun apabila kita mempunyai keinginan untuk mencapai bintang kalau semua keperluan untuk pencapaian itu disusunataur dengan baik agar matlamat tersebut dicapai. persoalannya adakah kita bersedia untuk semua itu.

mari kita lihat kepada diri kita...ramai bercita-cita untuk naik gaji atau pangkat, namun kualiti pekerjaan yang dilakukan tidak pun menunjukkan bahawa keinginan naik pangkatnya seiring dengan keinginan meningkatkan kompetensi kerjanya sendiri.

saya memberi contoh yang sangat mudah... seorang penolong pegawai yang kerjanya mengawasi disiplin kakitangan tetapi sebaliknya sering pula menghilangkan diri berjam-jam untuk minum pagi bercita-cita untuk naik pangkat dari gred 27 kepada 32. tentu sahaja tingkah laku dirinya yang sering menghilang diri itu tidak secocok untuk dinilai bagi tujuan kenaikan pangkat dirinya

seorang kakitangan lain pula masa kerjaannya banyak dihabiskan dengan mukabuku (facebook) berjam-jam, penuh dengan peperangan maya atau sibuk update tentang diri termasuk mengunakan tisu tandas jenama apa... tentu sahaja akan dinilai rendah oleh ketuanya dek kegilaan luar biasa terhadap ledakan ict.

seorang pekerja yang lain pula cukup berhati-hati mengimbas kad umpcnya tepat jam 7.59 pagi setiap pagi seolah-olah kalau mengetik lebih awal dari itu menyebabkan dirinya dihukum bunuh
dan bersedia dengan yakinnya di pintu pejabat sebelah petangnya serta berlari-lari anak memastikan imbasan petang ditanda 5.01 petang seoalah-olah balik dikejar hantu, tentu sekali tidak wajar untuk bermimpi untuk mengondol APC tahunan

kita boleh bermimpi untuk semua perkara...tetapi mencapainya pula satu perkara yang lain. jadi apa perlunya bermimpi naik pangkat, kalau seharian dihabiskan melayan facebook, twitter, myspace dan jadual kerja kita pula terlalu terikat dengan datang kerja 7.59 pagi dan balik 5.01 petang.

cuba berubah... kalau banyak masa dihabiskan bukan untuk pekerjaan, apa kata kita ganti dengan balik pukul 6 petang atau datang pukul 7 pagi. amalkan datang awal balik lewat untuk mengantikan waktu yang kita habiskan dengan sia-sia semasa kerja untuk tujuan lain... fikir-fikir... wasallam

Friday, January 28, 2011

DUNIA KERJA KITA...kenapa balik lewat

salam kepada semua

sesekali kita balik lewat dari kerja mungkin kebiasaan kepada diri, bagaimana kalau hampir setiap hari kita balik lewat dari kerja. apakah mungkin kita kakitangan yang sangat rajin atau kakitangan yang bermasalah atau kita berada dalam organisasi berprestasi tinggi atau mungkin juga berada dalam organisasi bermasalah.

kita dianggap rajin kalau benar tujuan kita balik lewat kerana kerja banyak dan ada kerja yang perlu disiapkan. dalam konteks kerja, keterlibatan dalam penganjuran program seperti konvokesyen atau menguruskan kemasukan pelajar baru memang menuntut kerja lebih masa yang bukan sedikit, maka sekali sekala balik lewat adalah keterujaan untuk menyiapkan tugasan

bagaimana pula kalau kita balik lewat kerana tugasan tak lengkap dek keasyikan berblog atau berfacebook. atau ketika kerja, hidup kita sibuk bergosip melalui yaho masengger... semua nak dimaklumkan...termasuk gosok gigi dengan ubat gigi jenama apa.. sedar-sedar kita tak siap kerja kerana gangguan dek ledakan dunia ICT disekeliling kita.

maka tuan-tuan yang budiman...kerja adalah tempat untuk menghasilkan yang terbaik dan terbaik...balik lewat lah kalau keperluan.. cuma semak semula prosedur kerja kalau itu yang menyebabkan kita lewat setiap hari, baiki motivasi diri kalau kemalasan yang menyebabkan kita memerlukan masa lebih untuk menyiapkan tugasan, buatlah senarai kerja atau jadual kerja yang lebih terarah kalau kerja cacamerba yang memaksa kita untuk balik lewat.

penstrukturan kerja mungkin memberi kita masa yang lebih untuk keluarga atau hobi memelihara burung seperti saya.... hahahahaha cara lain hasilnya lain... kenapa tak mencuba tuan-tuan...wasallam