Soalan : Bos saya telah
berjanji hendak memberi tugasan penting kepada saya. Beliau juga telah memberikan
komitment untuk sama-sama menjalakan tugasan tersebut. Tetapi akhirnya bos berkenaan telah mungkir janji dengan
tidak memberikan tugasan berkenaan kepada saya. Mohon pencerahan ALK apa
yang perlu dan patut saya buat bagi menghadapi bos mungkir janji......Aaron Aziz
Jawapan : Terima kasih tn
yang bertanya. Tentu tn merasa sangat kecewa apabila bos tn mungkir janji, dalam fikiran tn sudah tentu berfikir bertapa buruknya perangai bos tn, janji pandai, tepati bodoh plak. Tn juga mungkin juga ingin sekali berjanji sesuatu pada bos tn dan berharap akan memungkirinya sebagai balasan terhadap perbuatan bos tadi
Namun saranan saya ialah fikir sebalik. Apabila kita berjanji yang paling berat ialah menunaikannya,
kerana itu pesan orang tua-tua.. jangan banyak berjanji nanti kita yang rugi.
Apakah maksud rugi tersebut, rugi yang dimaksudkan ialah apabila kita
dipersoalkan tentang janji ini pada masanya dan sebagai orang islam sudah tentu
akan dituntut di depan Sang Pencipta. Ada beberapa maksud janji dalam hidup
kita, Antaranya yang ditulis dalam
seperti berikut :
a.
Perintah Allah SWT dalam Al-Qurân Al-Karim
Dan sempurnakanlah
pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah apabila kamu berjanji dan janganlah
kamu merombak (mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama
Allah), sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai Penjamin kebaikan kamu;
sesungguhnya Allah sedia mengetahui akan apa yang kamu lakukan. (An-Nahl
: 91)
Dan janganlah kamu jadikan
sumpah kamu sebagai tipu daya sesama kamu kerana dengan yang demikian itu akan
menyebabkan tergelincir kaki kamu sesudah ia tetap teguh (di atas jalan yang
benar) dan kamu pula akan merasai balasan buruk (di dunia) dengan sebab kamu
menghalangi manusia dari jalan Allah dan bagi kamu juga disediakan azab yang
besar (di akhirat kelak). (An-Nahl : 94 )
b. Menunaikan Janji Adalah Ciri Orang Beriman
Sesungguhnya berjayalah
orang-orang yang beriman. (1) Iaitu mereka yang khusyuk dalam
sembahyangnya. (2) Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan
perkataan yang sia-sia. (3) Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya
(dengan menunaikan zakat harta itu). (4) Dan mereka yang menjaga
kehormatannya. (5) Al-Mu`minun
c. Ingkar Janji Adalah Perbuatan Syaitan
Syaitan sentiasa
menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan
angan-angan kosong dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah
tipu daya semata-mata. (An-Nisa : 120)
Wahai Bani Israil!
Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu dan
sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu
dengan kamu dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan
kepada sesuatu yang lain). (Al-Baqarah : 40)
No comments:
Post a Comment