
Jawapan : Terima kasih kepada yang bertanya. Merajuk ini adalah perbuatan tidak matang berpunca dari kerapuhan emosi diri, lazimnya anak-anak kecil yang belum tumbuh kawalan emosinya berperangai sedemikian rupa. Kanak-kanak ini tidak dapat merasionalkan perbuatan ibu bapa atau masyarakat sekitarnya, contohnya kanak-kanak lazimnya suka gula-gula, ibu bapa pula melihat gula-gula sebagai punca kerosakan gigi anak-anak. Antara kesukaan anak-anak terhadapan gula-gula dan tegahan ibu bapa akan menghasilkan sengketa. Akhirnya anak-anak merajuk kerana tidak memahami akibat permakanan gula-gula yang melampau yang cuba diajar oleh ibu bapa.

Tentu saudari yang bertanya beranggapan bos ini berperangai seperti budak-budak, tidak matang, dan mungkin berharap kalau dapat nak dipulas saja telinga bos yang suka merajuk ini, semua angan-angan dan imaginasi saudari dalam menangani perangai sentap bos juga boleh dianggap kebudak-budakkan.
saya melihat manusia yang suka merajuk ini adalah manusia yang inginkan perhatian, zaman kanak-kanaknya mungkin ibu bapanya selalu memberi apa sahaja keinginannya setelah dia merajuk. Lama-lama kelamaan tanpa disedari anak-anak tadi menyedari ( mempelajari) bahawa merajuk adalah senjata terbaik untuk memperolehi sesuatu. Maka apabila dewasa , perangai ini terbawa-bawa ke pejabat.

ketiga berkemungkinan lemahnya kepimpinan diri, orang yang lemah selalu memprojeksikan diri sebagai insan lemah untuk mendapat simpati, perbuatan merajuk ini membolehkan dirinya dimaafkan sekiranya gagal melakukan sesuatu tugasan atau mengawal keadaan. Perbuatan merajuknya menyebabkan fokus saudari terhalang dari melihat kegagalan memimpin jabatan sebaliknya hanya fokus kepada perbuatan suka merajuk yang menimbulkan simpati
No comments:
Post a Comment