Jawapan : Terima kasih Cik Pn yang bertanya, labeling merupakan hukuman yang sangat tidak adil dalam perhubungan sosial, label mungkin dilihat peringatkat awal hanya sebagai julukan namun kemudiannya menjadi satu cap yang dibawa dalam kehidupan harian dan lebih buruk menyebabkan masyarakat percaya terhadap perkara tersebut.
saya kira labeling bukan kategori panggilan nama, sebaliknya satu tanda harga terhadap personaliti diri, contohnya kita dianggap tidak pandai bekerja, tidak tepati masa, tidak berupaya kalau diberi tanggungjawab, tidak pandai komunikasi, tidak amanah, celupar, bodoh, busuk hati dan sebagainya
saya simpati terhadap Cik Pn kerana dilabel hatta dengan label apa sekalipun, apa yang boleh dibuat ialah membukti diri bukan sebagai mana dilabel. memang sukar namun melalui pembuktian kerja dan sebagainya dapat menutup label dalam tempoh yang singkat. contohnya si tukang label Gred 17, apa yang kita dapat buat ialah membuktikan diri kepada Gred 22 keatas bahawa tuduhan atau label yang dibuat salah dan sengaja. Mereka yang gred tinggi ini akan menafikan label si tukang label Gred rendah
Satu perbuatan yang sama dengan label ialah pembunuhan karektor, ini lebih hebat kerana kita difitnah tanpa berpeluang membuktikan diri tidak bersalah. Selalunya pembunuhan karektor mempunyai tujuan yang jauh lebih jahat dari labeling
Apa yang dapat dilakukan pula dengan boss yang suka melebel. Pada peringkat awal kita membuat hubungan dengannya melalui kerjasama dalam pekerjaan, kedua membina hubungan personal dengannya dan ketiga berbincang apa yang ingin kita capai dalam pekerjaan dan apa yang sanggup kita lakukan untuk berjaya, selalunya boss yang melabel ini akan mula memberi label positif terhadap diri kita apabila kita berjaya menyakinkannya. Jangan sesekali berundur dan menyerang boss sebegini kerana labeling akan dilihat betul oleh persekitaran sekiranya kita menyerang boss kita.