Monday, March 7, 2016

ANDA TANYA ALK JAWAB : SERING DIHINA

soalan : Saya nur..sy mempunyai masalah yang sangat membebankn sy.sy alami masalah ini di tempat kerja sy..sy sering dihina dan di umpat dikeci dengan kate y sangat kesat.kadang2 sampai saya tdk tau ape yang sy telah lakukan sehingga sy dihina sedemikian.sy seorg y bru berubah ke arah kebaikn..sy berhijarah dr jahil shg la sy berhijab.sy jg berjijrah ditempat keja baru.ttp ditempat keja ni lg la teruk.smp sy solat pn mjd bahan perli mereka..ape y  perlu sy lakukan..sy btl2 buntu.

Jawapan : Pertama tahniah kepada Nur kerana bertanya dan meluahkan masalah yang dihadapi, ini merupakan langkah paling penting iaitu kita menyedari bahawa kita berhadapan dengan masalah, langkah kedua yang diambil juga tepat dan betul iaitu menyedari punca masalah iaitu dengan rakan sekerja.

Semua manusia diuji Allah dengan had dan keupayaan kita untuk berhadapan dengan ujian tersebut... tiada yang terkecuali diuji... apabila kita diuji... dan berjaya dengan mengatasinya... sedarlah bahawa ujian baru akan mendatang... itulah kehidupan.

Nur mungkin begitu terasa atau terkesan dengan umpatan kerana tergolong dalam kumpulan audio kerana lazimnya manausia dalam kategori atau personaliti audio merupakan mereka yang teransang dengan ucapan atau lisan... ini merupakan kelemahan dan kekuatan kumpulan personaliti audio mengikut ketegori yang dipecahkan oleh Neuro-Linguistic Programming.

Perkara yang yang perlu dibuat ialah tingkatkan keyakinan diri... dengar ucapan yang positif setiap hari... sama ada melalui rakaman atau kawan yang positif... peningkatan kenyakinan diri akan melenyapkan kerisauan dan ketakutan... bina kenyakinan bahawa perubahan anda ialah untuk diri sendiri dan agama...

kedua membawa diri kepada kumpulan yang positif... sekiranya berhijab... rakan terbaik ialah mereka yang juga berhijab... dan kumpulan surau ... ini akan membina tembok api sekeliling anda bahawa perkara negatif akan lenyap sebelum sampai.... dengan sendiri akan meningkatkan lagi keyakinan diri...

saya dapati.... nur kena berhenti mendengar perkara negatif dan memilih hanya perkara positif untuk didengar... pelebelan yang dibuat oleh persekitaran tidak akan berjaya sekiranya kita memilih untuk tidak percaya dengan apa yang dikatakan...

selamat mencuba...


Thursday, June 18, 2015

ANDA TANYA ALK JAWAB : MARKAH LNPT YANG RENDAH

Soalan : Salam tn, saya sangat kecewa apabila markah LNPT saya sangat rendah dan tidak mencerminkan komitmen saya terhadap organisasi.... datang awal dan menepati masa, semua arahan kerja dibuat tanpa bangkangan, namun saya dianggap gagal menepati kehendak KPI jabatan saya... apa pandangan Tn dalam hal berkaitan.... saya buntu  Syarul Ridzwan

Jawapan : Terima kasih Syarul yang sudi titipkan permasalahan kerja kepada saya untuk mendapat respon. Pertama harus jelas bahawa markah LNPT adalah penanda aras keberjayaan prestasi kakitangan dalam melaksanakan tugasan. Permarkahan yang diberi oleh penilai pertama adalah gambaran kasar kepada penilaian kedua untuk memberi markah dan markah antara kedua-dua penilai tidak boleh berbeza melebihi 5%. Ketua yang cemerlang akan menilai prestasi kakitangan berdasarkan 2 perimeter yang sangat dominan iaitu sasaran kerja tahunan kakitangan dan kedua KPI jabatan berkaitan.

Sekiranya Syarul telahpun menepati kehendak sasaran kerja tahunan sebagai mana yang digarapkan pada awal tahun dan dikaji dan disusun semula pada pertengahan, maka saya andaikan saudara telah pun berjaya. Ini lah yang perlu ditanya kepada mana-mana ketua jabatan yang membuat permakahan adakah mereka bersama semasa membuat struktur kerja dan sasaran kerja kakitangan seperti saudara.

Tanggungjawab penuh KJ ialah bersama pada awal tahun menetapkan sasaran kakitangan dan sekali lagi memfokusnya pada pertengahan tahun, sekiranya 2 langkah ini telah diambilkan maka markah saudara Syarul masih lagi boleh dibaiki dan ditingkat.

Kedua markah ini juga berkaitan pencapaian KPI Jabatan, sekiranya KPI jabatan telah dicapai dan salah satunya hasil sumbangan saudara syarul yang bertepatan dengan KPI jabatan maka markah LNPT saudara akan juga setara dengan pencapaian KPI jabatan, ini lah perkiraan yang perlu diambilkira oleh ketua jabatan dalam penentuan markah LNPT.

Saya juga andaikan bahawa KJ mengambilkira pencapaian markah LNPT dirinya dalam memberi markah LNPT kepada kakitangan bawahan. lazimnya sekiranya markah LNPT KJ tinggi ianya adalah sumbangan semua ahli dalam jabatan... sesuatu yang pelik dan janggal apabila kakitangan bawahan markah LNPTnya rendah tetapi KJ pula mendapat markah LNPT yang tinggi.. sangat dilihat canggung dan tidak selaras apabila diambil kira pula dengan KPI jabatan.

Akhirnya saudara Syarul boleh meminta KJ menentukan SKT dan KPI dibuat secara jelas dan bertulis siap dengan ukuran yang digunapakai dalam penentuan prestasi maka konflik permarkahan yang tidak adil ini dapat dikurangkan dalam masa akan datang. Kunci keberjayaan organisasi ialah KJ faham akan matlamat organisasi yang ditanggung bersama oleh seluruh ahli termasuk saudara Syarul



     

Monday, November 24, 2014

ANDA TANYA ALK JAWAB : BOS SUKA LABEL

Soalan : Masalah saya adalah apabila berdepan dengan boss yang terlalu cepat melebel kakitangan dibawah nya. Label yang diberikan sering kali menjadi rujukan pada pihak lain apabila sesuatu rujukan dibuat. sekian terima kasih.....Nora Daniz

Jawapan : Terima kasih Cik Pn yang bertanya, labeling merupakan hukuman yang sangat tidak adil dalam perhubungan sosial, label mungkin dilihat peringatkat awal hanya sebagai julukan namun kemudiannya menjadi satu cap yang dibawa dalam kehidupan harian dan lebih buruk menyebabkan masyarakat percaya terhadap perkara tersebut.

saya kira labeling bukan kategori panggilan nama, sebaliknya satu tanda harga terhadap personaliti diri, contohnya kita dianggap tidak pandai bekerja, tidak tepati masa, tidak berupaya kalau diberi tanggungjawab, tidak pandai komunikasi, tidak amanah, celupar, bodoh, busuk hati dan sebagainya

saya simpati terhadap Cik Pn kerana dilabel hatta dengan label apa sekalipun, apa yang boleh dibuat ialah membukti diri bukan sebagai mana dilabel. memang sukar namun melalui pembuktian kerja dan sebagainya dapat menutup label dalam tempoh yang singkat. contohnya si tukang label Gred 17, apa yang kita dapat buat ialah membuktikan diri kepada Gred 22 keatas bahawa tuduhan atau label yang dibuat salah dan sengaja. Mereka yang gred tinggi ini akan menafikan label si tukang label Gred rendah

Satu perbuatan yang sama dengan label ialah pembunuhan karektor, ini lebih hebat kerana kita difitnah tanpa berpeluang membuktikan diri tidak bersalah. Selalunya pembunuhan karektor mempunyai tujuan yang jauh lebih jahat dari labeling

Apa yang dapat dilakukan pula dengan boss yang suka melebel. Pada peringkat awal kita membuat hubungan dengannya melalui kerjasama dalam pekerjaan, kedua membina hubungan personal dengannya dan ketiga berbincang apa yang ingin kita capai dalam pekerjaan dan apa yang sanggup kita lakukan untuk berjaya,  selalunya boss yang melabel ini akan mula memberi label positif terhadap diri kita apabila kita berjaya menyakinkannya. Jangan sesekali berundur dan menyerang boss sebegini kerana labeling akan dilihat betul oleh persekitaran sekiranya kita menyerang boss kita.



 

Thursday, November 20, 2014

ANDA TANYA ALK JAWAB : BOS MUNGKIR JANJI

Soalan : Bos saya telah berjanji hendak memberi tugasan penting kepada saya. Beliau  juga telah memberikan komitment untuk sama-sama menjalakan tugasan  tersebut. Tetapi akhirnya bos berkenaan telah mungkir janji dengan tidak memberikan tugasan berkenaan kepada saya. Mohon pencerahan ALK apa yang perlu dan patut saya buat bagi menghadapi bos mungkir janji......Aaron Aziz  

Jawapan : Terima kasih tn yang bertanya. Tentu tn merasa sangat kecewa apabila bos tn mungkir janji, dalam fikiran tn sudah tentu berfikir bertapa buruknya perangai bos tn, janji pandai, tepati bodoh plak. Tn juga mungkin juga ingin sekali berjanji sesuatu pada bos tn dan berharap akan memungkirinya sebagai balasan terhadap perbuatan bos tadi  

Namun saranan saya ialah fikir sebalik. Apabila kita berjanji yang paling berat ialah menunaikannya, kerana itu pesan orang tua-tua.. jangan banyak berjanji nanti kita yang rugi. Apakah maksud rugi tersebut, rugi yang dimaksudkan ialah apabila kita dipersoalkan tentang janji ini pada masanya dan sebagai orang islam sudah tentu akan dituntut di depan Sang Pencipta. Ada beberapa maksud janji dalam hidup kita, Antaranya yang ditulis dalam  seperti berikut : 


   a. Perintah Allah SWT dalam Al-QurĂ¢n Al-Karim

Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu merombak (mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah), sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai Penjamin kebaikan kamu; sesungguhnya Allah sedia mengetahui akan apa yang kamu lakukan. (An-Nahl : 91)

Dan janganlah kamu jadikan sumpah kamu sebagai tipu daya sesama kamu kerana dengan yang demikian itu akan menyebabkan tergelincir kaki kamu sesudah ia tetap teguh (di atas jalan yang benar) dan kamu pula akan merasai balasan buruk (di dunia) dengan sebab kamu menghalangi manusia dari jalan Allah dan bagi kamu juga disediakan azab yang besar (di akhirat kelak). (An-Nahl : 94 )

b. Menunaikan Janji Adalah Ciri Orang Beriman

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. (1) Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. (2) Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. (3) Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). (4) Dan mereka yang menjaga kehormatannya. (5) Al-Mu`minun 

c. Ingkar Janji Adalah Perbuatan Syaitan

Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata. (An-Nisa : 120)

d. Ingkar Janji Adalah Sifat Bani Israil


Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain). (Al-Baqarah : 40)

Wednesday, November 19, 2014

ANDA TANYA ALK JAWAB : BOS SENTAP

Soalan : Bos saya suka sangat merajuk... istilah sekarang sentap, saya tengok sejak naik pangkat yang terkini sentapnya makin menjadi-jadi. Buat keputusan tak tanya dahulu dia sentap, buat kenduri tak ajak dia sentap, keluar makan tak ajak sentap, sembang-sembang sambil gelak-gelak sentap juga, jabatan lain tak ajak dia dalam program sentap.... asyik sentap je bos saya akhir-akhir ini. Apa pandangan ALK..... 

 Jawapan : Terima kasih kepada yang bertanya. Merajuk ini adalah perbuatan tidak matang berpunca dari kerapuhan emosi diri, lazimnya anak-anak kecil yang belum tumbuh kawalan emosinya berperangai sedemikian rupa. Kanak-kanak ini tidak dapat merasionalkan perbuatan ibu bapa atau masyarakat sekitarnya, contohnya kanak-kanak lazimnya suka gula-gula, ibu bapa pula melihat gula-gula sebagai punca kerosakan gigi anak-anak. Antara kesukaan anak-anak terhadapan gula-gula dan tegahan ibu bapa akan menghasilkan sengketa. Akhirnya anak-anak merajuk kerana tidak memahami akibat permakanan gula-gula yang melampau yang cuba diajar oleh ibu bapa.

Tentu saudari yang bertanya beranggapan bos ini berperangai seperti budak-budak, tidak matang, dan mungkin berharap kalau dapat nak dipulas saja telinga bos yang suka merajuk ini, semua angan-angan dan imaginasi saudari dalam menangani perangai sentap bos juga boleh dianggap kebudak-budakkan.

saya melihat manusia yang suka merajuk ini adalah manusia yang inginkan perhatian, zaman kanak-kanaknya mungkin ibu bapanya selalu memberi apa sahaja keinginannya setelah dia merajuk. Lama-lama kelamaan tanpa disedari anak-anak tadi menyedari ( mempelajari) bahawa merajuk adalah senjata terbaik untuk memperolehi sesuatu. Maka apabila dewasa , perangai ini terbawa-bawa ke pejabat.

kedua, kita kena juga kena melihat siapa jurulatih, mentor, orang yang disayangi atau dikagumi oleh bos saudari. Kemungkinannya perangai sentap ini  dipelajari dari bosnya yang terdahulu atau orang yang dikagumi. Meniru perlakuan dari guru atau mentor atau siapa sahaja yang dilihat berjaya juga ada kemungkinannya menyebabkan dia beranggapan sentap adalah biasa dan lumrah perangai bos

ketiga berkemungkinan lemahnya kepimpinan diri, orang yang lemah selalu memprojeksikan diri sebagai insan lemah untuk mendapat simpati, perbuatan merajuk ini membolehkan dirinya dimaafkan sekiranya gagal melakukan sesuatu tugasan atau mengawal keadaan. Perbuatan merajuknya menyebabkan fokus saudari terhalang dari melihat kegagalan memimpin jabatan sebaliknya hanya fokus kepada perbuatan suka merajuk yang menimbulkan simpati

         

Tuesday, November 18, 2014

ANDA TANYA ALK JAWAB : BOS SUKA MAKI

Soalan :  Saya ingin mengutarakan satu soalan, setelah bekerja selama 12 tahun, jarang sekali ketua jabatan saya menghargai saya dengan baik, apa yang saya dapat ialah KJ saya sering mengunakan perkataan beruk, celaka, tak pandai dan pelbagai perkataan lagi yang menyakitkan hati, apa yang saya boleh buat untuk mengatasi masalah ini ?

Jawapan : Terima kasih atas pertanyaan,  tentu Pn sangat tertekan apabila KJ mengunakan perkataan makian dalam situasi kerja, Pn mungkin ingin sekali membalas kata-kata makian dengan cara yang sama atau pun lebih lagi, seperti hang pon bodo, bos pun sama, takdak otak punya bos, pi mampuih la hang.



Namun saya percaya semua itu hanya bermain difikiran sahaja, syukur kerana Pn tidak membalas balik makian yang dibuat, apa yang saya dapat katakan ialah KJ yang mengunakan kata-kata yang buruk sebenarnya bermasalah dan akhlaknya buruk, lebih malang lagi sekiranya pihak majikan pula menyokong tingkah laku sedemikian berlaku dalam organisasi

Sebenarnya Pn tidak bermasalah sebaliknya KJ Pn yang mempunyai masalah personaliti,individu seperti ini kekadang terlalu ego dengan kuasa yang ada, didikan ketika kecil yang celaru dengan watak ibu yang dominan atau mempunyai kelaurga yang selalu mengunakan makian dalam didikan

Pn memang tak boleh nak mengubah tingkah laku KJ, namun apa yang boleh dibuat ialah berdoa selalu untuk KJ agar dia berubah, menjadi baik akhlak dan adabnya. Paling penting kita bersyukur kepada Allah kerana menghantar seorang yang buruk perangainya sebagai ujian kepada diri kita agar kita teruji kesabaran dan keimanan

     
 “Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Tuesday, October 18, 2011

Karnival Kerjaya Guru

salam kepada semua,

minggu ini antara minggu-minggu yang paling sibuk untuk Bahagian Kaunseling dan Kerjaya. Karnival Kerjaya Guru merupakan produk terkini yang akan mengambil tempat pada 19 dan 20 Oktober, bermakna esok dan lusa. Cetusan mengadakan Karnival Kerjaya Guru terbit hasil saranan Mantan Naib Canselor, Prof Dato Dr Aminah Ayob yang mahukan acara berbentuk pameran kerjaya diadakan dan menjadi produk universiti secara tahunan sama seperti di universiti lain.  

Acara ini sebenarnya telahpun menjalani cubaan pertama pada semester lepas dengan jenama Dialog KPM, SPP dan NUTP dengan jumlah peserta melebihi 400 orang. Dalam majlis perasmian yang dibuat oleh TNC A&A ketika itu Prof Dr Zakaria, beliau telah menyarankan penambahbaikan dengan memasukkan beberapa elemen tambahan dan melibatkan lebih banyak agensi. 

Para peserta yang hadir juga menyatakan keperluan untuk acara tersebut dijalankan secara berkala dan memberi komen positif kerana berupaya menambah pengetahuan tentang pekerjaan yang diceburi kelak serta beberapa kemahiran yang dapat dipratikkan terutama melibatkan kemahiran temuduga.

Hasil dari maklum balas positif pengurusan universiti dan pelajar, maka Karnival Kerjaya Guru menjadi kenyataan akhirnya. Karnival yang fokus aktivitinya kepada 3 golongan iaitu :

  1. mahasiswa yang akan mendapat peluang berkomunikasi dengan 2 agensi terpenting dalam kerjaya mereka iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia yang menampilkan slot Kemahiran Temuduga dan Perkongsian Bersama Guru Cemerlang. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran pula tampil dengan slot Persedia Bakal Guru. sebuah NGO yang akan menaungi kebanyakkan guru iaitu NUTP bergabung dengan KPM dan SPP bakal muncul dengan dialog bertajuk Isu dan Cabaran.
  2. Pelajar sekolah dan guru merupakan sasaran terbaru karnival. Pihak Bahagian Kaunseling dan Kerjaya telah menyediakan slot Pameran yang diisi oleh Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional serta Fakulti Sains Sukan & Kejurulatihan. Slot Pemeran dan Ceramah oleh Bahagian Akedemik antara yang mungkin akan diserbu pelajar sekolah. sehingga hari ini 700 pelajar sekolah telahpun menyatakan komitmen untuk hadir menyertai karnival.
  3. Kumpulan ketiga sasaran Bahagian ialah melatih kelab PEMADAM dan PRS untuk mengendalikan dan menguruskan acara. Seramai 70 anggota kedua-dua kelab akan bergabung dan memperolei pengalaman meliputi keusahawanan dengan gerai makan, kemahiran kepimpinan dan pembinaan pasukan serta komunikasi dalam menguruskan semua acara yang dijalankan.

Pihak Bahagian Kaunseling dan Kerjaya merakam penghargaan yang tidak terhingga kepada mantan TNC HEPA Prof Dr Shahruddin yang telah meluluskan program dan bajet, pihak JPPHB yang menyediakan peralatan dan Unit Keselamatan. Secara peribadi juga penghargaan dihulurkan buat rakan pensyarah yang akan terlibat dalam simulasi temuduga untuk pelajar sekolah, slot perkongsian pengalaman bertugas dipendalaman dan sahabat saya Encik Aziz Yatim dengan slot bertajuk 'U I Love Teacher'.

Tahniah dan terima kasih juga dihulurkan buat semua petugas sempena Karnival ini terutama sahabat-sahabat di Bahagian Kaunseling & Kerjaya serta Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Terakhir kepada 2 bos di JHEPA iaitu Dato Paduka Dr    Junaidi dan Puan Hajah Zainab, terima kasih atas tunjuk ajar dan sokongan berterusan yang diberikan  untuk Karnival Kerjaya Guru.

 semua pembaca budiman dijemput hadir


19 Oktober 2011

Auditorium Utama  
9.00 pg - 11.00 pg                   Kemahiran Menghadiri Temuduga Guru (Kementerian Pelajaran Malaysia )
11.00 pg - 1.00 ptg                 Taklimat Persediaan Bakal Guru Bersama SPP
2.30 ptg - 4.30 ptg                 Perkongsian Pengalaman Bersama Guru Cemerlang

Bilik Seminar, Bitarasiswa
12.00 tgh -  1.00 ptg               Perkongsian Pengalaman Bertugas Di Pedalaman

Bilik Aktiviti BKK
9.00 pg - 4.30 ptg                   Mengenal Diri Melalui Ujian Psikologi seperti Inventori Minat Kerjaya, Personaliti Sidek, Personaliti Warna, Gaya Bercinta & Ujian Kecenderungan Diri ( NLP )

20 Oktober 2011

Auditorium Utama
9.00 pg - 11.00 pg                   Kemahiran Menghadiri Temuduga Guru (Kementerian Pelajaran Malaysia )
11.00 pg - 1.00 ptg                  Dialog Isu & Cabaran Sebagai Guru ( KPM, NUTP & SPP )
2.30 ptg - 4.30 ptg                 U I Love Teacher

Bilik Seminar, Bitarasiswa
9.30 pg - 10.30 pg                   Perkongsian Pengalaman Bertugas Di Pedalaman

Bilik Aktiviti BKK
9.00 pg - 4.30 ptg                   Mengenal Diri Melalui Ujian Psikologi seperti Inventori Minat Kerjaya, Personaliti Sidek, Personaliti Warna, Gaya Bercinta & Ujian Kecenderungan Diri ( NLP )


19 & 20 Oktober 2011 ( Khas untuk pelajar sekolah )

Dewan Konvensyen E-Learning    
 9.00 pg - 11.00 pg                  Taklimat Jom Masuk UPSI
2.30 ptg - 4.30 ptg                  Rahsia Kemasukan Ke Program Pendidikan

Bilik Interaksi  ( L ) / ( P ) Bitarasiswa
9.00 pg - 4.30 ptg                   Simulasi Temuduga Program Pendidikan Untuk Pelajar Sekolah  ( Temuduga akan dijalankan oleh panel penemuduga yang berpengalaman dalam pengambilan pelajar )

 BERSAMA MEMBINA POTENSI