Wednesday, February 2, 2011

DUNIA KERJA KITA...kenapa balik awal sangat

salam untuk semua,

apabila memasuki dunia pekerjaan, ramai dari kita tentu memikirkan tentang gaji dan kemudahan yang akan dinikmati. maslow sebagai ahli teori kemanusiaan dalam hirarki keperluan manusia meletakkan bahawa keperluan asas adalah pencetus kepada keperluan seterusnya. mengambil model itu sebagai rujukan, sudah tentu apabila kita mendapat pekerjaan dan seterusnya menikmati gaji pertama..kita akan bercakap pula untuk menikmati kenaikan gaji atau pangkat pada masa depan.

tiada kesalahan atau bantahan pun apabila kita mempunyai keinginan untuk mencapai bintang kalau semua keperluan untuk pencapaian itu disusunataur dengan baik agar matlamat tersebut dicapai. persoalannya adakah kita bersedia untuk semua itu.

mari kita lihat kepada diri kita...ramai bercita-cita untuk naik gaji atau pangkat, namun kualiti pekerjaan yang dilakukan tidak pun menunjukkan bahawa keinginan naik pangkatnya seiring dengan keinginan meningkatkan kompetensi kerjanya sendiri.

saya memberi contoh yang sangat mudah... seorang penolong pegawai yang kerjanya mengawasi disiplin kakitangan tetapi sebaliknya sering pula menghilangkan diri berjam-jam untuk minum pagi bercita-cita untuk naik pangkat dari gred 27 kepada 32. tentu sahaja tingkah laku dirinya yang sering menghilang diri itu tidak secocok untuk dinilai bagi tujuan kenaikan pangkat dirinya

seorang kakitangan lain pula masa kerjaannya banyak dihabiskan dengan mukabuku (facebook) berjam-jam, penuh dengan peperangan maya atau sibuk update tentang diri termasuk mengunakan tisu tandas jenama apa... tentu sahaja akan dinilai rendah oleh ketuanya dek kegilaan luar biasa terhadap ledakan ict.

seorang pekerja yang lain pula cukup berhati-hati mengimbas kad umpcnya tepat jam 7.59 pagi setiap pagi seolah-olah kalau mengetik lebih awal dari itu menyebabkan dirinya dihukum bunuh
dan bersedia dengan yakinnya di pintu pejabat sebelah petangnya serta berlari-lari anak memastikan imbasan petang ditanda 5.01 petang seoalah-olah balik dikejar hantu, tentu sekali tidak wajar untuk bermimpi untuk mengondol APC tahunan

kita boleh bermimpi untuk semua perkara...tetapi mencapainya pula satu perkara yang lain. jadi apa perlunya bermimpi naik pangkat, kalau seharian dihabiskan melayan facebook, twitter, myspace dan jadual kerja kita pula terlalu terikat dengan datang kerja 7.59 pagi dan balik 5.01 petang.

cuba berubah... kalau banyak masa dihabiskan bukan untuk pekerjaan, apa kata kita ganti dengan balik pukul 6 petang atau datang pukul 7 pagi. amalkan datang awal balik lewat untuk mengantikan waktu yang kita habiskan dengan sia-sia semasa kerja untuk tujuan lain... fikir-fikir... wasallam

No comments:

Post a Comment