"..Perkhidmatan kaunseling baik di dalam agensi kerajaan mahupun dalam sektor korporat boleh membantu ke arah meningkatkan produktiviti sesuatu organisasi itu''. Tan Sri Dato' Seri Ahmad Sarji bin Abdul Hamid
sesekali kita balik lewat dari kerja mungkin kebiasaan kepada diri, bagaimana kalau hampir setiap hari kita balik lewat dari kerja. apakah mungkin kita kakitangan yang sangat rajin atau kakitangan yang bermasalah atau kita berada dalam organisasi berprestasi tinggi atau mungkin juga berada dalam organisasi bermasalah.
kita dianggap rajin kalau benar tujuan kita balik lewat kerana kerja banyak dan ada kerja yang perlu disiapkan. dalam konteks kerja, keterlibatan dalam penganjuran program seperti konvokesyen atau menguruskan kemasukan pelajar baru memang menuntut kerja lebih masa yang bukan sedikit, maka sekali sekala balik lewat adalah keterujaan untuk menyiapkan tugasan bagaimana pula kalau kita balik lewat kerana tugasan tak lengkap dek keasyikan berblog atau berfacebook. atau ketika kerja, hidup kita sibuk bergosip melalui yaho masengger... semua nak dimaklumkan...termasuk gosok gigi dengan ubat gigi jenama apa.. sedar-sedar kita tak siap kerja kerana gangguan dek ledakan dunia ICT disekeliling kita.
maka tuan-tuan yang budiman...kerja adalah tempat untuk menghasilkan yang terbaik dan terbaik...balik lewat lah kalau keperluan.. cuma semak semula prosedur kerja kalau itu yang menyebabkan kita lewat setiap hari, baiki motivasi diri kalau kemalasan yang menyebabkan kita memerlukan masa lebih untuk menyiapkan tugasan, buatlah senarai kerja atau jadual kerja yang lebih terarah kalau kerja cacamerba yang memaksa kita untuk balik lewat.
penstrukturan kerja mungkin memberi kita masa yang lebih untuk keluarga atau hobi memelihara burung seperti saya.... hahahahaha cara lain hasilnya lain... kenapa tak mencuba tuan-tuan...wasallam
Bagi mereka yang telah berjaya dengan cemerlang,sudah tentu beberapa pendekatan belajar telah diamalkan secara bersungguh-sungguh. Para pengkaji teknik belajar pula telah menghasilkan beberapa pendekatan pembelajaran yang berkesan untuk digunakan oleh pelajar.Terpulang kepada kita sebagai pelajar untuk mengikuti teknik mana yang paling sesuai dan paling mudah difahami. Untuk membantu pelajar , bersama ini dianjurkan beberapa teknik belajar yang boleh digunakan.
Teknik Belajar 5R-STUV
Teknik ini menekankan 9 langkah yang dapat meningkatkan ingatan dan penguasaan kita terhadap ilmu yang dipelajari iaitu :
Recopy [salin semula]
Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x]
Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
Recheck [semak semula]
Reasonnablenes [jawapan berpatutan/sebaliknya]
s-sumarize [ringkaskan nota penting]
t-test your self [uji diri anda]
u-use [gunakan]
V-visualize [bayangkan selalu]
Teknik Belajar Secara Pembayangan
Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisis dan penggunaan tangan kanan.
Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.
Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.
Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.
Teknik pembayangan perlu penumpuan. Penumpuan yang serius amat perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain.
Sebagai contoh kita ambil suasan berbaring sebelum tidur. Bilik sudah gelap, Keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, raja, sifir, graf dan apa juga yang telah dipelajari. Bayangkan satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan tulis, lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk anda. Amalkan ini setiap malam. soal diri anda, satu ke satu soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di tengah malam. Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan. Bila ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sehat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang.
Teknik Belajar PQ3R
Sistem PQRST adalah suatu cara yang diperkenalkan oleh EL ThomasdanHa Rabinson dalam buku mereka yang bertajuk "Improving Reading In Every Class". Berikut adalah lima item yang menjadi tunjang sistem ini.
(a) Preview ( mengimbas Tajuk-tajuk Penting ) Dalam item ini pelajar disarankan agar melihat tajuk utama dalam sesuatu bab dan seterusnya melihat tajuk-tajuk kecil yang menjadi rangka dalam menggambarkan maklumat atau isi penting dalam keseluruhan bab.
(b) Question ( Menyoal ) Daripada rangka ini, bina soalan yang boleh membantu anda mencari isi penting. Dengan cara ini anda boleh mengingati sesuatu dengan lebih jelas.
(c) Read ( Membaca ) Membaca sesuatu tajuk akan menjadi lebih bermakna kerana setiap ayat menjawab soalan anda sendiri dari rangka topik.
(d) Self-Recitation ( Menyebut Satu Persatu ) Apabila anda sudah membaca, anda perlu mencatat atau melakar sesuatu gambarajah berkaitan dengan apa yang difahami. Kemudian baca isi penting itu semula tanpa melihat nota yang telah anda catatkan.
(e) Test ( Ujian ) Untuk memastikan anda sudah memahami dan mengingati fakta sebaiknya, anda perlu membuat penilaian kendiri. Dua cara boleh dilaksanakan iaitu melaksanakan ujian-ujian tahun lepas tanpa melihat rujukan dan menggunakan teknik soal jawab dengan bantuan rakan.
Amalan peningkatan daya ingatan
memahami.
Jarakkan/pecahkan masa belajar.
Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.
Percaya pada diri sendiri.
Ulang berkali-kali.
Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.
Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.
Some words and phrases are often used to buy time, avoid giving answers, and escape commitment. If you use these words and phrases yourself, take a scalpel and cut them out of your thinking, speaking, and writing.
"Try" "Try" is a weasel word. "Well, I'll try," some people say. It's a cop-out. They're just giving you lip service, when they probably have no real intention of doing what you ask. Remember what Yoda says to Luke Skywalker in "Star Wars": "Do or do not--there is no try." Take Yoda's advice. Give it your all when you do something. And if it doesn't work, start over.
Put passion into your work, and give it your best effort, so you can know that you did all you could to make it happen. So if the outcome you were expecting didn't come to fruition, it's not because you didn't do everything you could to make it happen. It just wasn't the right time for it or it wasn't meant to be.
"Whatever" This word is a trusted favorite of people who want to dismiss you, diminish what you say, or get rid of you quickly. "Whatever," they will say as an all-purpose response to your earnest request. It's an insult and a verbal slap in the face. It's a way to respond to a person without actually responding. When you say "whatever" after another person has said his or her piece, you have essentially put up a wall between the two of you and halted any progress in communicating. It's a word to avoid.
"Maybe" and "I don't know" People will sometimes avoid making a decision--and hide behind words and phrases like "maybe" and "I don't know." There's a difference between legitimately not knowing something and using words like these as excuses. Sometimes during a confrontation, people will claim not to know something or offer the noncommittal response "maybe," just to avoid being put on the spot. If that seems to be the case, ask, "When do you think you will know?" or "How can you find out?" Don't let the person off the hook so easily.
"I'll get back to you" When people need to buy time or avoid revealing a project's status, they will say, "I'll get back to you," and they usually never do. If people say they will get back to you, always clarify. Ask them when they will get back to you, and make sure they specify the day and time. If they don't, then pin them down to a day and time and hold them to it. If they won't give you a day or time, tell them you'll call in a day or week and follow up. Make sure you call and get the information you need.
"If" Projects depend on everyone doing his or her part. People who use "if" are usually playing the blame game and betting against themselves. They like to set conditions, rather than assuming a successful outcome. People who rely on conditional responses are fortifying themselves against potential failure. They will say, "If Bob finishes his part, then I can do my part." They're laying the groundwork for a "no fault" excuse and for not finishing their work.
There are always alternatives, other routes, and ways to get the job done. Excuse makers usually have the energy of a slug and the spine of a jellyfish. You don't want them on your team when you're trying to climb Mt. Everest.
"Yes, but . . ." This is another excuse. You might give your team members suggestions or solutions, and they come back to you with "Yes, but . . ." as a response. They don't really want answers, help, or solutions. You need to call the "Yes, but . . ." people out on their avoidance tactic by saying something like "You know, Jackie, every time I offer you a suggestion you say, 'Yes, but . . . ,' which makes me think you don't really want to solve this problem. That's not going to work. If you want to play the victim, go right ahead, but I'm not going to allow you to keep this up." After a response like that, you can be assured that the next words you hear will not be "Yes, but . . ."!
"I guess . . ." This is usually said in a weak, soft-spoken, shoulder-shrugging manner. It's another attempt to shirk responsibility--a phrase that is muttered only when people half agree with you but want to leave enough leeway to say, "Well, I didn't really know. . . . I was only guessing." If you use this phrase, cut it out of your vocabulary.
"We'll see . . ." How many times did we hear our parents say this? We knew they were buying time, avoiding a fight or confrontation, or really saying no. It's better to be decisive and honest by saying, "I need more information. Please present your case or send me the data--both pro and con--so I can make an informed decision." That way, the interested parties will contribute to an in-depth, well-researched "verdict."
This column is an excerpt of "Surviving the Toxic Workplace" (McGraw-Hill, 2010), by Linnda Durre, a psychotherapist, business consultant, and columnist. You can follow her on Twitter: @LinndaDurreShow.
Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling.
Apabila saya mendapat khidmat kaunseling, apakah pertolongan yang saya boleh perolehi melalui perkhidmatan itu
Proses kaunseling yang dilalui akan membolehkan seseorang klien mencapai objektif kaunseling seperti berikut
Menolong menganalisa keadaan, sikap, pandangan dan kelakuan yangmenghalang klien bekerja dengan berkesan.
Menolong klien untuk menyesuaikan diri dalam situasi bekerja melalui proses penyelesaian masalah.
Membolehkan klien menganalisa pandangan mereka dan mencari pelbagai cara dan tingkah laku yang mengganggu.
Menolong klien menyelesaikan masalahnya.
Kaunseling sering dikatakan untuk orang yang bermasalah, apakah tujuan sebenar kaunseling
Kaunseling sebenarnya telah disalahertikan sebagai tempat untuk orang bermasalah, namun tujuan sebenar perkhidmatan ini disediakan adalah untuk
Memberi Maklumat
Masalah klien selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat
Mendapatkan gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah daripada kaunselor
Menggalakkan Celik Akal
Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran
Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah yang dihadapinya
Memberi Sokongan
Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah.
Penyelesaian Konflik
Mengurangkan ketegangan dan permusuhan antara dua individu (pihak)
Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan untuk mencapai penyelesaian yang menguntungkan
Membuat keputusan
Membantu klien membuat keputusan kerana kerap kali menghadapi masalah untuk membuat keputusan
Kaunselor boleh mengemukakan cadangan dan berbincang dengan klien sebelum sesuatu keputusan diambil
Kaunseling sering dikaitkan dengan aktiviti kaunselor-klien yang berada dalam sebuah bilik, adakah benar tanggapan demikian
Perkhidmatan kaunseling sebenarnya bukan tertumpu dalam satu setting semata-mata seperti tanggapan umum, sebalik perkhidmatannya merentas pelbagai dimensi melalui empat perkhidmatan utama iaitu
PERKEMBANGAN
Memberikan maklumat mengenai sumber dan kekuatan seseorang supaya ia mempunyai azam dan usaha kepada aktiviti sihat, peningkatan sifat positif
PENCEGAHAN
Mengadakan program-program pencegahan ke atas perlakuan dan sifat yang negatif dari segi emosi dan pemikirannya
INTERVENSI
Merubah dan membuka pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang bermasalah supaya menerokai, memulih dan mempertingkatkan keyakinan diri
PEMULIHAN
Penekanan adalah kepada isu-isu dan permasalahan peribadi, mentaliti, kerjaya dan penyesuaian diri agar seseorang itu dapat berfungsi sepenuhnya
Apakah perlu perkidmatan kaunseling ditawarkan dalam sesebuah organisasi dan apakah rasional Perkhidmatan Kaunseling diwujudkan
Perkhidmatan kaunseling dilihat penting dewasa ini kerana
Kewujudan Ketegangan dan ketidakpuasan ditempat kerja.
Ketidakseimbangan emosi.
Kebimbangan tentang kemahiran dan kemampuan.
Perbezaan individu yang bertentangan dengan imej korporat.
Siapakah yang dibenarkan mendapat perkhidmatan kaunseling
Semua kakitangan sama ada tetap, kontrak dan sambilan yang ingin berjaya dengan lebih cemerlang berdasarkan kemampuan diri yang sebenar selaras dengan kehendak dan matlamat UPSI
Sekiranya saya tidak sanggup bersemuka secara langsung dengan kaunselor, adakah saya masih boleh mendapat khidmat kaunseling
Perkhidmatan kaunseling masih boleh diperolehi melalui medium lain seperti mengunakan panggilan telefon bernombor 05-4506979, atau melalui alamat email berikut iaitu azmanlk@upsi.edu.mydan azmanlk@yahoo.com.Klien juga boleh berhubung terus mengunakan aplikasi yang disediakan oleh yahoo.com iaitu melalui yahoo messager melalui id berikut iaitu azmanlk
Apakah saya dibenarkan memilih kaunselor apabila mendapat perkhidmatan kaunseling sebagaimana ditawarkan
Klien yang ingin mendapat perkhidmatan di unit ini hanya mempunyai satu pilihan kerana pegawai psikologi yang berkhidmat di unit ini hanya seorang. Namun demikian klien masih mempunyai pilihan lain sekiranya kurang selesa iaitu mengunakan kaunselor di unit kaunseling dan kerjaya, jabatan hal ehwal pelajar atau mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Klinik Kaunseling yang berada di bawah kendalian Jabatan Kaunseling, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
Selain kaunseling yang ditawarkan , adakah unit ini menawarkan juga perkhidmatan berkaitan pembangunan organisasi
Pembangunan organisasi yang ditawarkan unit ini meliputi kaunseling dan bimbingan kerjaya yang meliputi perancangan kerjaya individu dalam organisasi, keserasian kerjaya yang dipilih dengan ciri personaliti diri, pembangunan dan pembinaan motivasi diri dan Program pembangunan Staf yang telah dimulakan
Apakah seseorang kakitangan boleh diarahkan menjalani sesi kaunseling oleh jabatan atau ketuanya
Sekiranya anda diarahkan berjumpa pegawai psikologi, ini mungkin berpunca dari dua perkara berikut iaitu anda adalah didefinisi sebagai pegawai bermasalah atau pegawai berprestasi rendah mengikut pekeling 1 tahun 2008 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftar
Saya sangat bimbang bahawa cerita dan perbualan yang dijalankan bersama kaunselor terbocor keluar. Wujud atau tidak kod etika kerahsian dan kebplehpercayaan dalam sesi kaunseling yang dijalankan
Semua butiran perbincangan adalah dirahsiakan termasuk dari pengetahuan ketua jabatan sendiri, laporan bertulis hanya untuk rujukan kaunselor semata-mata, namun demikian sekiranya butir perbincangan dilihat cenderung ke arah mencederakan diri atau membahayakan orang lain, tindakan yang boleh dibuat ialah melaporkan kepada pihak berwajib untuk tujuan keselamatan orang ramai
Adakah wujud perbezaan antara kaunseling dan bimbingan
Kaunseling berbeza daripada penasihatan atau bimbingan. Ia merupakan perkhidmatan menolong secara profesional dan memerlukan latihan serta penyeliaan rapi. Penasihatan dan bimbingan lebih menfokus kepada `situasi' yang anda hadapi manakala kaunseling memberikan penekanan dan tumpuan kepada diri anda yang berhadapan dengan situasi tersebut.