Apakah yang dimaksudkan kaunseling
Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling.
Proses kaunseling yang dilalui akan membolehkan seseorang klien mencapai objektif kaunseling seperti berikut
Menolong menganalisa keadaan, sikap, pandangan dan kelakuan yang menghalang klien bekerja dengan berkesan.
Menolong klien untuk menyesuaikan diri dalam situasi bekerja melalui proses penyelesaian masalah.
Membolehkan klien menganalisa pandangan mereka dan mencari pelbagai cara dan tingkah laku yang mengganggu.
Menolong klien menyelesaikan masalahnya.
Kaunseling sebenarnya telah disalahertikan sebagai tempat untuk orang bermasalah, namun tujuan sebenar perkhidmatan ini disediakan adalah untuk
Memberi Maklumat
Masalah klien selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat
Mendapatkan gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah daripada kaunselor
Menggalakkan Celik Akal
Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran
Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah yang dihadapinya
Memberi Sokongan
Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah.
Penyelesaian Konflik
Mengurangkan ketegangan dan permusuhan antara dua individu (pihak)
Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan untuk mencapai penyelesaian yang menguntungkan
Membuat keputusan
Membantu klien membuat keputusan kerana kerap kali menghadapi masalah untuk membuat keputusan
Kaunselor boleh mengemukakan cadangan dan berbincang dengan klien sebelum sesuatu keputusan diambil
Perkhidmatan kaunseling sebenarnya bukan tertumpu dalam satu setting semata-mata seperti tanggapan umum, sebalik perkhidmatannya merentas pelbagai dimensi melalui empat perkhidmatan utama iaitu
PERKEMBANGAN
Memberikan maklumat mengenai sumber dan kekuatan seseorang supaya ia mempunyai azam dan usaha kepada aktiviti sihat, peningkatan sifat positif
PENCEGAHAN
Mengadakan program-program pencegahan ke atas perlakuan dan sifat yang negatif dari segi emosi dan pemikirannya
INTERVENSI
Merubah dan membuka pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang bermasalah supaya menerokai, memulih dan mempertingkatkan keyakinan diri
PEMULIHAN
Penekanan adalah kepada isu-isu dan permasalahan peribadi, mentaliti, kerjaya dan penyesuaian diri agar seseorang itu dapat berfungsi sepenuhnya
Perkhidmatan kaunseling dilihat penting dewasa ini kerana
Kewujudan Ketegangan dan ketidakpuasan ditempat kerja.
Ketidakseimbangan emosi.
Kebimbangan tentang kemahiran dan kemampuan.
Perbezaan individu yang bertentangan dengan imej korporat.
Semua kakitangan sama ada tetap, kontrak dan sambilan yang ingin berjaya dengan lebih cemerlang berdasarkan kemampuan diri yang sebenar selaras dengan kehendak dan matlamat UPSI
Perkhidmatan kaunseling masih boleh diperolehi melalui medium lain seperti mengunakan panggilan telefon bernombor 05-4506979, atau melalui alamat email berikut iaitu azmanlk@upsi.edu.my dan azmanlk@yahoo.com. Klien juga boleh berhubung terus mengunakan aplikasi yang disediakan oleh yahoo.com iaitu melalui yahoo messager melalui id berikut iaitu azmanlk
Klien yang ingin mendapat perkhidmatan di unit ini hanya mempunyai satu pilihan kerana pegawai psikologi yang berkhidmat di unit ini hanya seorang. Namun demikian klien masih mempunyai pilihan lain sekiranya kurang selesa iaitu mengunakan kaunselor di unit kaunseling dan kerjaya, jabatan hal ehwal pelajar atau mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Klinik Kaunseling yang berada di bawah kendalian Jabatan Kaunseling, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
Pembangunan organisasi yang ditawarkan unit ini meliputi kaunseling dan bimbingan kerjaya yang meliputi perancangan kerjaya individu dalam organisasi, keserasian kerjaya yang dipilih dengan ciri personaliti diri, pembangunan dan pembinaan motivasi diri dan Program pembangunan Staf yang telah dimulakan
Sekiranya anda diarahkan berjumpa pegawai psikologi, ini mungkin berpunca dari dua perkara berikut iaitu anda adalah didefinisi sebagai pegawai bermasalah atau pegawai berprestasi rendah mengikut pekeling 1 tahun 2008 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftar
Semua butiran perbincangan adalah dirahsiakan termasuk dari pengetahuan ketua jabatan sendiri, laporan bertulis hanya untuk rujukan kaunselor semata-mata, namun demikian sekiranya butir perbincangan dilihat cenderung ke arah mencederakan diri atau membahayakan orang lain, tindakan yang boleh dibuat ialah melaporkan kepada pihak berwajib untuk tujuan keselamatan orang ramai
No comments:
Post a Comment