Thursday, April 22, 2010

PROGRAM PEMBANGUNAN DIRI

salam 2 all,

1. PENGENALAN

Program Pembangunan Diri merupakan satu program yang disediakan oleh Unit Psikologi Kaunseling untuk kakitangan Universiti Pendididkan Sultan Idris. Program ini telah dimulakan secara percubaan di Bahagian Sumber Manusia pada tahun 2006 dan pada 2007 pula dilaksanakan di Bahagian Akedemik. Program ini disesuaikan dengan kehendak pekeliling yang berkuatkuasa dan aktiviti yang dilaksanakan oleh Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia .

2. PERKHIDMATAN UNIT PSIKOLOGI KAUNSELING MERANGKUMI :

a. Perkhidmatan Ujian Psikologi;

b. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling;

c. Perkhidmatan Pembangunan Diri;

d. Perkhidmatan Khidmat Runding;

e. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya.

3. PROGRAM PEMBANGUNAN DIRI

Program pembangunan diri merupakan program yang dirangka bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kemahiran diri bagi membolehkan individu menguruskan emosi, pemikiran dan tingkah laku seterusnya menggunakan sepenuh potensi demi mencapai kecemerlangan dalam organisasi dan kerjaya yang diceburi.

4. BENTUK PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

a. Ceramah

b. Perbincangan Dalam Kumpulan ;

c. Sesi Renungan Pagi/tazkirah

d. Risalah dan Ujian.

5. TAJUK-TAJUK PERBINCANGAN PROGRAM PEMBANGUNAN DIRI MELIPUTI

a. Program Best Practises In Organization;

b. Program Persediaan Menghadapi Perubahan (Change Management);

c. Program Kepimpinan;

d. Program Dinamika Pasukan (Team Dynamic);

e. Program Budaya Kerja Kelas Pertama;

f. Program Kekeluargaan dan Keibubapaan;

g. Program Pengendalian Individu Bermasalah;

h. Program Pengurusan Emosi, Konflik, Kemarahan dan stress

i. Program Peningkatan Psikologikal Dalam Organisasi.

6. PENENTUAN KEPERLUAN PROGRAM PEMBANGUNAN DIRI

Pihak individu dan organisasi yang ingin menjalankan program ini perlu memastikan matlamat yang ingin dicapai melalui perancangan dan pelaksanaan program, antaranya ialah:

a. Untuk mengenalpasti ruang-ruang bagi tujuan penambahan dari aspek perkhidmatan yang diberikan;

b. Memberi gambaran kepada pihak pengurusan berhubung halangan-halangan yang terdapat dalam organisasi;

c. Menyediakan minda pegawai dan kakitangan awam dalam mengharungi cabaran semasa;

d. Memahami cara gaya individu dalam menguruskan organisasi;

e. Mengenalpasti kekuatan dan kekurangan yang terdapat dalam diri individu dan organisasi;

f. Membantu membentuk individu yang berprestasi tinggi dan mempunyai kawalan emosi dan diri yang jitu;

g. Menerapkan kepentingan aspek kesihatan mental dan fizikal dalam pengurusan diri dan organisasi;

h. Mengetahui kaedah-kaedah pengendalian individu yang bermasalah; dan

i. Meningkatkan kemahiran sosial dan interpersonal dalam kehidupan.

7. CARA-CARA MENDAPATKAN PERKHIDMATAN

Permohonan boleh dibuat dengan menghubungi kami sama ada melalui:

a. Memo

b. Datang sendiri secara bersemuka;

c. Telefon : 05-4506979, 012-3841340

d. Faks : 05-4595488

e. E-mel : azmanlk@upsi.edu.my, azmanlk@yahoo.com

f. Laman blog : http ://www.azmanlk3.blogspot.com

No comments:

Post a Comment