Monday, February 7, 2011

cuti panjang dan semangat kerja

salam kepada semua

isnin bukan hari yang baik untuk sesetengah induvidu, tetapi bagi kebanyakan kita isnin adalah hari yang ditunggu-tunggu. kenapa berbeza antara individu dengan individu lain tentang hari. sebenarnya setiap individu berbeza sangat penerimaan tentang sesuatu perkara berbanding individu lain kerana pelbagai faktor atau punca.

ambil contoh cuti tahun cina yang begitu panjang, pagi ini tentu ada yang liat untuk bangun tidur, ada yang datang dengan muka muncung bak seludang, ada yang bajunya kedut seribu dan yang lebih ekstream lagi tetiba sahaja mengambil cuti kecemasan. kenapa agaknya ye

semua ini berlaku kerana semangat kerja mereka sangat lemah dan terpengaruh dengan persekitaran kerja. lazimnya golongan pekerja begini sangat terdorong oleh motivasi luaran, nikmat kerja mereka terarah kepada apa yang ada di pejabat yang dapat menarik minat untuk bekerja..kerana cuti yang panjang, kebiasaannya mereka sukar untuk mengingati keseronokkan yang ada di pejabat untuk menarik mereka memulakan semula kerja.

memandangkan jenis personaliti mereka lebih kepada persekitaran, beban untuk mengosok baju pun boleh menjejaskan mood untuk bekerja, sekiranya ditambah dengan hidup berkeluarga, persiapan untuk anak-anak bersekolah dan pasangan juga mungkin akan membantutkan motivasi bekerja hari isnin mereka. apatah lagi kalau sampai sahaja di pejabat mendapati kawan baik mereka bercuti...mood kerja mungkin disentap teruk.

jadi, apa penyelesaiannya. bagi individu sedemikian atau lebih dikenali sebagai individu personaliti x, langkah sementara ialah dengan membuat persediaan awal untuk isnin atau hari memulakan kerja. semua persiapan kerja perlu dibuat awal, sebolehnya hari terakhir bekerja, cuba elak untuk menyediakan persiapan memulakan kerja disaat akhir. ini kaedah yang biasa.

kaedah yang kedua ialah membuat pemetaan semula tingkahlaku. kaedah ini lazimnya memerlukan anda berjumpa kaunselor yang mahir untuk membantu anda set semula kepercayaan atau pola pemikiran bawah sedar agar lebih positif dan kurang pergantungan kepada persekitaran sebaliknya berfokus kepada diri atau motivasi dalaman. anda buat anda dapat....wasallam.

Wednesday, February 2, 2011

DUNIA KERJA KITA...kenapa balik awal sangat

salam untuk semua,

apabila memasuki dunia pekerjaan, ramai dari kita tentu memikirkan tentang gaji dan kemudahan yang akan dinikmati. maslow sebagai ahli teori kemanusiaan dalam hirarki keperluan manusia meletakkan bahawa keperluan asas adalah pencetus kepada keperluan seterusnya. mengambil model itu sebagai rujukan, sudah tentu apabila kita mendapat pekerjaan dan seterusnya menikmati gaji pertama..kita akan bercakap pula untuk menikmati kenaikan gaji atau pangkat pada masa depan.

tiada kesalahan atau bantahan pun apabila kita mempunyai keinginan untuk mencapai bintang kalau semua keperluan untuk pencapaian itu disusunataur dengan baik agar matlamat tersebut dicapai. persoalannya adakah kita bersedia untuk semua itu.

mari kita lihat kepada diri kita...ramai bercita-cita untuk naik gaji atau pangkat, namun kualiti pekerjaan yang dilakukan tidak pun menunjukkan bahawa keinginan naik pangkatnya seiring dengan keinginan meningkatkan kompetensi kerjanya sendiri.

saya memberi contoh yang sangat mudah... seorang penolong pegawai yang kerjanya mengawasi disiplin kakitangan tetapi sebaliknya sering pula menghilangkan diri berjam-jam untuk minum pagi bercita-cita untuk naik pangkat dari gred 27 kepada 32. tentu sahaja tingkah laku dirinya yang sering menghilang diri itu tidak secocok untuk dinilai bagi tujuan kenaikan pangkat dirinya

seorang kakitangan lain pula masa kerjaannya banyak dihabiskan dengan mukabuku (facebook) berjam-jam, penuh dengan peperangan maya atau sibuk update tentang diri termasuk mengunakan tisu tandas jenama apa... tentu sahaja akan dinilai rendah oleh ketuanya dek kegilaan luar biasa terhadap ledakan ict.

seorang pekerja yang lain pula cukup berhati-hati mengimbas kad umpcnya tepat jam 7.59 pagi setiap pagi seolah-olah kalau mengetik lebih awal dari itu menyebabkan dirinya dihukum bunuh
dan bersedia dengan yakinnya di pintu pejabat sebelah petangnya serta berlari-lari anak memastikan imbasan petang ditanda 5.01 petang seoalah-olah balik dikejar hantu, tentu sekali tidak wajar untuk bermimpi untuk mengondol APC tahunan

kita boleh bermimpi untuk semua perkara...tetapi mencapainya pula satu perkara yang lain. jadi apa perlunya bermimpi naik pangkat, kalau seharian dihabiskan melayan facebook, twitter, myspace dan jadual kerja kita pula terlalu terikat dengan datang kerja 7.59 pagi dan balik 5.01 petang.

cuba berubah... kalau banyak masa dihabiskan bukan untuk pekerjaan, apa kata kita ganti dengan balik pukul 6 petang atau datang pukul 7 pagi. amalkan datang awal balik lewat untuk mengantikan waktu yang kita habiskan dengan sia-sia semasa kerja untuk tujuan lain... fikir-fikir... wasallam