Thursday, June 18, 2015

ANDA TANYA ALK JAWAB : MARKAH LNPT YANG RENDAH

Soalan : Salam tn, saya sangat kecewa apabila markah LNPT saya sangat rendah dan tidak mencerminkan komitmen saya terhadap organisasi.... datang awal dan menepati masa, semua arahan kerja dibuat tanpa bangkangan, namun saya dianggap gagal menepati kehendak KPI jabatan saya... apa pandangan Tn dalam hal berkaitan.... saya buntu  Syarul Ridzwan

Jawapan : Terima kasih Syarul yang sudi titipkan permasalahan kerja kepada saya untuk mendapat respon. Pertama harus jelas bahawa markah LNPT adalah penanda aras keberjayaan prestasi kakitangan dalam melaksanakan tugasan. Permarkahan yang diberi oleh penilai pertama adalah gambaran kasar kepada penilaian kedua untuk memberi markah dan markah antara kedua-dua penilai tidak boleh berbeza melebihi 5%. Ketua yang cemerlang akan menilai prestasi kakitangan berdasarkan 2 perimeter yang sangat dominan iaitu sasaran kerja tahunan kakitangan dan kedua KPI jabatan berkaitan.

Sekiranya Syarul telahpun menepati kehendak sasaran kerja tahunan sebagai mana yang digarapkan pada awal tahun dan dikaji dan disusun semula pada pertengahan, maka saya andaikan saudara telah pun berjaya. Ini lah yang perlu ditanya kepada mana-mana ketua jabatan yang membuat permakahan adakah mereka bersama semasa membuat struktur kerja dan sasaran kerja kakitangan seperti saudara.

Tanggungjawab penuh KJ ialah bersama pada awal tahun menetapkan sasaran kakitangan dan sekali lagi memfokusnya pada pertengahan tahun, sekiranya 2 langkah ini telah diambilkan maka markah saudara Syarul masih lagi boleh dibaiki dan ditingkat.

Kedua markah ini juga berkaitan pencapaian KPI Jabatan, sekiranya KPI jabatan telah dicapai dan salah satunya hasil sumbangan saudara syarul yang bertepatan dengan KPI jabatan maka markah LNPT saudara akan juga setara dengan pencapaian KPI jabatan, ini lah perkiraan yang perlu diambilkira oleh ketua jabatan dalam penentuan markah LNPT.

Saya juga andaikan bahawa KJ mengambilkira pencapaian markah LNPT dirinya dalam memberi markah LNPT kepada kakitangan bawahan. lazimnya sekiranya markah LNPT KJ tinggi ianya adalah sumbangan semua ahli dalam jabatan... sesuatu yang pelik dan janggal apabila kakitangan bawahan markah LNPTnya rendah tetapi KJ pula mendapat markah LNPT yang tinggi.. sangat dilihat canggung dan tidak selaras apabila diambil kira pula dengan KPI jabatan.

Akhirnya saudara Syarul boleh meminta KJ menentukan SKT dan KPI dibuat secara jelas dan bertulis siap dengan ukuran yang digunapakai dalam penentuan prestasi maka konflik permarkahan yang tidak adil ini dapat dikurangkan dalam masa akan datang. Kunci keberjayaan organisasi ialah KJ faham akan matlamat organisasi yang ditanggung bersama oleh seluruh ahli termasuk saudara Syarul