Monday, November 24, 2014

ANDA TANYA ALK JAWAB : BOS SUKA LABEL

Soalan : Masalah saya adalah apabila berdepan dengan boss yang terlalu cepat melebel kakitangan dibawah nya. Label yang diberikan sering kali menjadi rujukan pada pihak lain apabila sesuatu rujukan dibuat. sekian terima kasih.....Nora Daniz

Jawapan : Terima kasih Cik Pn yang bertanya, labeling merupakan hukuman yang sangat tidak adil dalam perhubungan sosial, label mungkin dilihat peringatkat awal hanya sebagai julukan namun kemudiannya menjadi satu cap yang dibawa dalam kehidupan harian dan lebih buruk menyebabkan masyarakat percaya terhadap perkara tersebut.

saya kira labeling bukan kategori panggilan nama, sebaliknya satu tanda harga terhadap personaliti diri, contohnya kita dianggap tidak pandai bekerja, tidak tepati masa, tidak berupaya kalau diberi tanggungjawab, tidak pandai komunikasi, tidak amanah, celupar, bodoh, busuk hati dan sebagainya

saya simpati terhadap Cik Pn kerana dilabel hatta dengan label apa sekalipun, apa yang boleh dibuat ialah membukti diri bukan sebagai mana dilabel. memang sukar namun melalui pembuktian kerja dan sebagainya dapat menutup label dalam tempoh yang singkat. contohnya si tukang label Gred 17, apa yang kita dapat buat ialah membuktikan diri kepada Gred 22 keatas bahawa tuduhan atau label yang dibuat salah dan sengaja. Mereka yang gred tinggi ini akan menafikan label si tukang label Gred rendah

Satu perbuatan yang sama dengan label ialah pembunuhan karektor, ini lebih hebat kerana kita difitnah tanpa berpeluang membuktikan diri tidak bersalah. Selalunya pembunuhan karektor mempunyai tujuan yang jauh lebih jahat dari labeling

Apa yang dapat dilakukan pula dengan boss yang suka melebel. Pada peringkat awal kita membuat hubungan dengannya melalui kerjasama dalam pekerjaan, kedua membina hubungan personal dengannya dan ketiga berbincang apa yang ingin kita capai dalam pekerjaan dan apa yang sanggup kita lakukan untuk berjaya,  selalunya boss yang melabel ini akan mula memberi label positif terhadap diri kita apabila kita berjaya menyakinkannya. Jangan sesekali berundur dan menyerang boss sebegini kerana labeling akan dilihat betul oleh persekitaran sekiranya kita menyerang boss kita.



 

Thursday, November 20, 2014

ANDA TANYA ALK JAWAB : BOS MUNGKIR JANJI

Soalan : Bos saya telah berjanji hendak memberi tugasan penting kepada saya. Beliau  juga telah memberikan komitment untuk sama-sama menjalakan tugasan  tersebut. Tetapi akhirnya bos berkenaan telah mungkir janji dengan tidak memberikan tugasan berkenaan kepada saya. Mohon pencerahan ALK apa yang perlu dan patut saya buat bagi menghadapi bos mungkir janji......Aaron Aziz  

Jawapan : Terima kasih tn yang bertanya. Tentu tn merasa sangat kecewa apabila bos tn mungkir janji, dalam fikiran tn sudah tentu berfikir bertapa buruknya perangai bos tn, janji pandai, tepati bodoh plak. Tn juga mungkin juga ingin sekali berjanji sesuatu pada bos tn dan berharap akan memungkirinya sebagai balasan terhadap perbuatan bos tadi  

Namun saranan saya ialah fikir sebalik. Apabila kita berjanji yang paling berat ialah menunaikannya, kerana itu pesan orang tua-tua.. jangan banyak berjanji nanti kita yang rugi. Apakah maksud rugi tersebut, rugi yang dimaksudkan ialah apabila kita dipersoalkan tentang janji ini pada masanya dan sebagai orang islam sudah tentu akan dituntut di depan Sang Pencipta. Ada beberapa maksud janji dalam hidup kita, Antaranya yang ditulis dalam  seperti berikut : 


   a. Perintah Allah SWT dalam Al-QurĂ¢n Al-Karim

Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu merombak (mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah), sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai Penjamin kebaikan kamu; sesungguhnya Allah sedia mengetahui akan apa yang kamu lakukan. (An-Nahl : 91)

Dan janganlah kamu jadikan sumpah kamu sebagai tipu daya sesama kamu kerana dengan yang demikian itu akan menyebabkan tergelincir kaki kamu sesudah ia tetap teguh (di atas jalan yang benar) dan kamu pula akan merasai balasan buruk (di dunia) dengan sebab kamu menghalangi manusia dari jalan Allah dan bagi kamu juga disediakan azab yang besar (di akhirat kelak). (An-Nahl : 94 )

b. Menunaikan Janji Adalah Ciri Orang Beriman

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. (1) Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. (2) Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. (3) Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). (4) Dan mereka yang menjaga kehormatannya. (5) Al-Mu`minun 

c. Ingkar Janji Adalah Perbuatan Syaitan

Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata. (An-Nisa : 120)

d. Ingkar Janji Adalah Sifat Bani Israil


Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain). (Al-Baqarah : 40)

Wednesday, November 19, 2014

ANDA TANYA ALK JAWAB : BOS SENTAP

Soalan : Bos saya suka sangat merajuk... istilah sekarang sentap, saya tengok sejak naik pangkat yang terkini sentapnya makin menjadi-jadi. Buat keputusan tak tanya dahulu dia sentap, buat kenduri tak ajak dia sentap, keluar makan tak ajak sentap, sembang-sembang sambil gelak-gelak sentap juga, jabatan lain tak ajak dia dalam program sentap.... asyik sentap je bos saya akhir-akhir ini. Apa pandangan ALK..... 

 Jawapan : Terima kasih kepada yang bertanya. Merajuk ini adalah perbuatan tidak matang berpunca dari kerapuhan emosi diri, lazimnya anak-anak kecil yang belum tumbuh kawalan emosinya berperangai sedemikian rupa. Kanak-kanak ini tidak dapat merasionalkan perbuatan ibu bapa atau masyarakat sekitarnya, contohnya kanak-kanak lazimnya suka gula-gula, ibu bapa pula melihat gula-gula sebagai punca kerosakan gigi anak-anak. Antara kesukaan anak-anak terhadapan gula-gula dan tegahan ibu bapa akan menghasilkan sengketa. Akhirnya anak-anak merajuk kerana tidak memahami akibat permakanan gula-gula yang melampau yang cuba diajar oleh ibu bapa.

Tentu saudari yang bertanya beranggapan bos ini berperangai seperti budak-budak, tidak matang, dan mungkin berharap kalau dapat nak dipulas saja telinga bos yang suka merajuk ini, semua angan-angan dan imaginasi saudari dalam menangani perangai sentap bos juga boleh dianggap kebudak-budakkan.

saya melihat manusia yang suka merajuk ini adalah manusia yang inginkan perhatian, zaman kanak-kanaknya mungkin ibu bapanya selalu memberi apa sahaja keinginannya setelah dia merajuk. Lama-lama kelamaan tanpa disedari anak-anak tadi menyedari ( mempelajari) bahawa merajuk adalah senjata terbaik untuk memperolehi sesuatu. Maka apabila dewasa , perangai ini terbawa-bawa ke pejabat.

kedua, kita kena juga kena melihat siapa jurulatih, mentor, orang yang disayangi atau dikagumi oleh bos saudari. Kemungkinannya perangai sentap ini  dipelajari dari bosnya yang terdahulu atau orang yang dikagumi. Meniru perlakuan dari guru atau mentor atau siapa sahaja yang dilihat berjaya juga ada kemungkinannya menyebabkan dia beranggapan sentap adalah biasa dan lumrah perangai bos

ketiga berkemungkinan lemahnya kepimpinan diri, orang yang lemah selalu memprojeksikan diri sebagai insan lemah untuk mendapat simpati, perbuatan merajuk ini membolehkan dirinya dimaafkan sekiranya gagal melakukan sesuatu tugasan atau mengawal keadaan. Perbuatan merajuknya menyebabkan fokus saudari terhalang dari melihat kegagalan memimpin jabatan sebaliknya hanya fokus kepada perbuatan suka merajuk yang menimbulkan simpati

         

Tuesday, November 18, 2014

ANDA TANYA ALK JAWAB : BOS SUKA MAKI

Soalan :  Saya ingin mengutarakan satu soalan, setelah bekerja selama 12 tahun, jarang sekali ketua jabatan saya menghargai saya dengan baik, apa yang saya dapat ialah KJ saya sering mengunakan perkataan beruk, celaka, tak pandai dan pelbagai perkataan lagi yang menyakitkan hati, apa yang saya boleh buat untuk mengatasi masalah ini ?

Jawapan : Terima kasih atas pertanyaan,  tentu Pn sangat tertekan apabila KJ mengunakan perkataan makian dalam situasi kerja, Pn mungkin ingin sekali membalas kata-kata makian dengan cara yang sama atau pun lebih lagi, seperti hang pon bodo, bos pun sama, takdak otak punya bos, pi mampuih la hang.



Namun saya percaya semua itu hanya bermain difikiran sahaja, syukur kerana Pn tidak membalas balik makian yang dibuat, apa yang saya dapat katakan ialah KJ yang mengunakan kata-kata yang buruk sebenarnya bermasalah dan akhlaknya buruk, lebih malang lagi sekiranya pihak majikan pula menyokong tingkah laku sedemikian berlaku dalam organisasi

Sebenarnya Pn tidak bermasalah sebaliknya KJ Pn yang mempunyai masalah personaliti,individu seperti ini kekadang terlalu ego dengan kuasa yang ada, didikan ketika kecil yang celaru dengan watak ibu yang dominan atau mempunyai kelaurga yang selalu mengunakan makian dalam didikan

Pn memang tak boleh nak mengubah tingkah laku KJ, namun apa yang boleh dibuat ialah berdoa selalu untuk KJ agar dia berubah, menjadi baik akhlak dan adabnya. Paling penting kita bersyukur kepada Allah kerana menghantar seorang yang buruk perangainya sebagai ujian kepada diri kita agar kita teruji kesabaran dan keimanan

     
 “Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).