Tuesday, October 18, 2011

Karnival Kerjaya Guru

salam kepada semua,

minggu ini antara minggu-minggu yang paling sibuk untuk Bahagian Kaunseling dan Kerjaya. Karnival Kerjaya Guru merupakan produk terkini yang akan mengambil tempat pada 19 dan 20 Oktober, bermakna esok dan lusa. Cetusan mengadakan Karnival Kerjaya Guru terbit hasil saranan Mantan Naib Canselor, Prof Dato Dr Aminah Ayob yang mahukan acara berbentuk pameran kerjaya diadakan dan menjadi produk universiti secara tahunan sama seperti di universiti lain.  

Acara ini sebenarnya telahpun menjalani cubaan pertama pada semester lepas dengan jenama Dialog KPM, SPP dan NUTP dengan jumlah peserta melebihi 400 orang. Dalam majlis perasmian yang dibuat oleh TNC A&A ketika itu Prof Dr Zakaria, beliau telah menyarankan penambahbaikan dengan memasukkan beberapa elemen tambahan dan melibatkan lebih banyak agensi. 

Para peserta yang hadir juga menyatakan keperluan untuk acara tersebut dijalankan secara berkala dan memberi komen positif kerana berupaya menambah pengetahuan tentang pekerjaan yang diceburi kelak serta beberapa kemahiran yang dapat dipratikkan terutama melibatkan kemahiran temuduga.

Hasil dari maklum balas positif pengurusan universiti dan pelajar, maka Karnival Kerjaya Guru menjadi kenyataan akhirnya. Karnival yang fokus aktivitinya kepada 3 golongan iaitu :

  1. mahasiswa yang akan mendapat peluang berkomunikasi dengan 2 agensi terpenting dalam kerjaya mereka iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia yang menampilkan slot Kemahiran Temuduga dan Perkongsian Bersama Guru Cemerlang. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran pula tampil dengan slot Persedia Bakal Guru. sebuah NGO yang akan menaungi kebanyakkan guru iaitu NUTP bergabung dengan KPM dan SPP bakal muncul dengan dialog bertajuk Isu dan Cabaran.
  2. Pelajar sekolah dan guru merupakan sasaran terbaru karnival. Pihak Bahagian Kaunseling dan Kerjaya telah menyediakan slot Pameran yang diisi oleh Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional serta Fakulti Sains Sukan & Kejurulatihan. Slot Pemeran dan Ceramah oleh Bahagian Akedemik antara yang mungkin akan diserbu pelajar sekolah. sehingga hari ini 700 pelajar sekolah telahpun menyatakan komitmen untuk hadir menyertai karnival.
  3. Kumpulan ketiga sasaran Bahagian ialah melatih kelab PEMADAM dan PRS untuk mengendalikan dan menguruskan acara. Seramai 70 anggota kedua-dua kelab akan bergabung dan memperolei pengalaman meliputi keusahawanan dengan gerai makan, kemahiran kepimpinan dan pembinaan pasukan serta komunikasi dalam menguruskan semua acara yang dijalankan.

Pihak Bahagian Kaunseling dan Kerjaya merakam penghargaan yang tidak terhingga kepada mantan TNC HEPA Prof Dr Shahruddin yang telah meluluskan program dan bajet, pihak JPPHB yang menyediakan peralatan dan Unit Keselamatan. Secara peribadi juga penghargaan dihulurkan buat rakan pensyarah yang akan terlibat dalam simulasi temuduga untuk pelajar sekolah, slot perkongsian pengalaman bertugas dipendalaman dan sahabat saya Encik Aziz Yatim dengan slot bertajuk 'U I Love Teacher'.

Tahniah dan terima kasih juga dihulurkan buat semua petugas sempena Karnival ini terutama sahabat-sahabat di Bahagian Kaunseling & Kerjaya serta Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Terakhir kepada 2 bos di JHEPA iaitu Dato Paduka Dr    Junaidi dan Puan Hajah Zainab, terima kasih atas tunjuk ajar dan sokongan berterusan yang diberikan  untuk Karnival Kerjaya Guru.

 semua pembaca budiman dijemput hadir


19 Oktober 2011

Auditorium Utama  
9.00 pg - 11.00 pg                   Kemahiran Menghadiri Temuduga Guru (Kementerian Pelajaran Malaysia )
11.00 pg - 1.00 ptg                 Taklimat Persediaan Bakal Guru Bersama SPP
2.30 ptg - 4.30 ptg                 Perkongsian Pengalaman Bersama Guru Cemerlang

Bilik Seminar, Bitarasiswa
12.00 tgh -  1.00 ptg               Perkongsian Pengalaman Bertugas Di Pedalaman

Bilik Aktiviti BKK
9.00 pg - 4.30 ptg                   Mengenal Diri Melalui Ujian Psikologi seperti Inventori Minat Kerjaya, Personaliti Sidek, Personaliti Warna, Gaya Bercinta & Ujian Kecenderungan Diri ( NLP )

20 Oktober 2011

Auditorium Utama
9.00 pg - 11.00 pg                   Kemahiran Menghadiri Temuduga Guru (Kementerian Pelajaran Malaysia )
11.00 pg - 1.00 ptg                  Dialog Isu & Cabaran Sebagai Guru ( KPM, NUTP & SPP )
2.30 ptg - 4.30 ptg                 U I Love Teacher

Bilik Seminar, Bitarasiswa
9.30 pg - 10.30 pg                   Perkongsian Pengalaman Bertugas Di Pedalaman

Bilik Aktiviti BKK
9.00 pg - 4.30 ptg                   Mengenal Diri Melalui Ujian Psikologi seperti Inventori Minat Kerjaya, Personaliti Sidek, Personaliti Warna, Gaya Bercinta & Ujian Kecenderungan Diri ( NLP )


19 & 20 Oktober 2011 ( Khas untuk pelajar sekolah )

Dewan Konvensyen E-Learning    
 9.00 pg - 11.00 pg                  Taklimat Jom Masuk UPSI
2.30 ptg - 4.30 ptg                  Rahsia Kemasukan Ke Program Pendidikan

Bilik Interaksi  ( L ) / ( P ) Bitarasiswa
9.00 pg - 4.30 ptg                   Simulasi Temuduga Program Pendidikan Untuk Pelajar Sekolah  ( Temuduga akan dijalankan oleh panel penemuduga yang berpengalaman dalam pengambilan pelajar )

 BERSAMA MEMBINA POTENSI