Friday, January 28, 2011

DUNIA KERJA KITA...kenapa balik lewat

salam kepada semua

sesekali kita balik lewat dari kerja mungkin kebiasaan kepada diri, bagaimana kalau hampir setiap hari kita balik lewat dari kerja. apakah mungkin kita kakitangan yang sangat rajin atau kakitangan yang bermasalah atau kita berada dalam organisasi berprestasi tinggi atau mungkin juga berada dalam organisasi bermasalah.

kita dianggap rajin kalau benar tujuan kita balik lewat kerana kerja banyak dan ada kerja yang perlu disiapkan. dalam konteks kerja, keterlibatan dalam penganjuran program seperti konvokesyen atau menguruskan kemasukan pelajar baru memang menuntut kerja lebih masa yang bukan sedikit, maka sekali sekala balik lewat adalah keterujaan untuk menyiapkan tugasan

bagaimana pula kalau kita balik lewat kerana tugasan tak lengkap dek keasyikan berblog atau berfacebook. atau ketika kerja, hidup kita sibuk bergosip melalui yaho masengger... semua nak dimaklumkan...termasuk gosok gigi dengan ubat gigi jenama apa.. sedar-sedar kita tak siap kerja kerana gangguan dek ledakan dunia ICT disekeliling kita.

maka tuan-tuan yang budiman...kerja adalah tempat untuk menghasilkan yang terbaik dan terbaik...balik lewat lah kalau keperluan.. cuma semak semula prosedur kerja kalau itu yang menyebabkan kita lewat setiap hari, baiki motivasi diri kalau kemalasan yang menyebabkan kita memerlukan masa lebih untuk menyiapkan tugasan, buatlah senarai kerja atau jadual kerja yang lebih terarah kalau kerja cacamerba yang memaksa kita untuk balik lewat.

penstrukturan kerja mungkin memberi kita masa yang lebih untuk keluarga atau hobi memelihara burung seperti saya.... hahahahaha cara lain hasilnya lain... kenapa tak mencuba tuan-tuan...wasallam