Thursday, October 7, 2010

TEKNIK BELAJAR BERKESAN

salam 2 all,

Pengenalan

Bagi mereka yang telah berjaya dengan cemerlang,sudah tentu beberapa pendekatan belajar telah diamalkan secara bersungguh-sungguh. Para pengkaji teknik belajar pula telah menghasilkan beberapa pendekatan pembelajaran yang berkesan untuk digunakan oleh pelajar.Terpulang kepada kita sebagai pelajar untuk mengikuti teknik mana yang paling sesuai dan paling mudah difahami. Untuk membantu pelajar , bersama ini dianjurkan beberapa teknik belajar yang boleh digunakan.






Teknik Belajar 5R-STUV

Teknik ini menekankan 9 langkah yang dapat meningkatkan ingatan dan penguasaan kita terhadap ilmu yang dipelajari iaitu :

Recopy [salin semula]

Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x]

Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]

Recheck [semak semula]

Reasonnablenes [jawapan berpatutan/sebaliknya]

s-sumarize [ringkaskan nota penting]

t-test your self [uji diri anda]

u-use [gunakan]

V-visualize [bayangkan selalu]

Teknik Belajar Secara Pembayangan

Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisis dan penggunaan tangan kanan.

Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.

Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.

Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.

Teknik pembayangan perlu penumpuan. Penumpuan yang serius amat perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain.

Sebagai contoh kita ambil suasan berbaring sebelum tidur. Bilik sudah gelap, Keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, raja, sifir, graf dan apa juga yang telah dipelajari. Bayangkan satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan tulis, lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk anda. Amalkan ini setiap malam. soal diri anda, satu ke satu soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di tengah malam. Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan. Bila ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sehat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang.



Teknik Belajar PQ3R


Sistem PQRST adalah suatu cara yang diperkenalkan oleh EL Thomas dan Ha Rabinson dalam buku mereka yang bertajuk "Improving Reading In Every Class". Berikut adalah lima item yang menjadi tunjang sistem ini.

(a) Preview ( mengimbas Tajuk-tajuk Penting )
Dalam item ini pelajar disarankan agar melihat tajuk utama dalam sesuatu bab dan seterusnya melihat tajuk-tajuk kecil yang menjadi rangka dalam menggambarkan maklumat atau isi penting dalam keseluruhan bab.

(b) Question ( Menyoal )
Daripada rangka ini, bina soalan yang boleh membantu anda mencari isi penting. Dengan cara ini anda boleh mengingati sesuatu dengan lebih jelas.

(c) Read ( Membaca )
Membaca sesuatu tajuk akan menjadi lebih bermakna kerana setiap ayat menjawab soalan anda sendiri dari rangka topik.

(d) Self-Recitation ( Menyebut Satu Persatu )
Apabila anda sudah membaca, anda perlu mencatat atau melakar sesuatu gambarajah berkaitan dengan apa yang difahami. Kemudian baca isi penting itu semula tanpa melihat nota yang telah anda catatkan.

(e) Test ( Ujian )
Untuk memastikan anda sudah memahami dan mengingati fakta sebaiknya, anda perlu membuat penilaian kendiri. Dua cara boleh dilaksanakan iaitu melaksanakan ujian-ujian tahun lepas tanpa melihat rujukan dan menggunakan teknik soal jawab dengan bantuan rakan.




Amalan peningkatan daya ingatan

memahami.

Jarakkan/pecahkan masa belajar.

Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.

Percaya pada diri sendiri.

Ulang berkali-kali.

Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.

Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.

Bayangkan selalu

No comments:

Post a Comment

Post a Comment