Wednesday, April 28, 2010

Tekanan Mental Dan Pekerjaan

salam 2 all,


TEKANAN KERJA

Setiap daripada kita mempunyai tekanan kerja. Suasana tempat kerja yang selesa dan selamat meningkatkan kecekapan mutu kerja dan keseronokan bekerja. Suasana tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental.Tekanan kerja yang sedikit adalah perlu untuk meningkatkan daya produktiviti. Jika tekanan di tempat kerja berlebihan, ia boleh memberi kesan negatif. Masalah peribadi dan keluarga akan merumitkan lagi kesihatan mental pekerja.

PUNCA-PUNCA TEKANAN MENTAL DI TEMPAT KERJA

  • Jenis Pekerjaan-Suasana tempat kerja, tekanan kerja yang berpanjangan dan perubahan cara pengendalian kerja.
  • Peranan dan Fungsi Pekerjaan-Kerja dan peranan yang sentiasa berubah-ubah secara kerap atau pekerjaan yang merbahaya
  • Perhubungan-Konflik sesama rakan sekerja dan majikan
  • Kerjaya-Kurang insentif dan penghargaan dari majikan, kecewa terhadap suasana kerja, dinaikkan/diturunkan pangkat, hilang pekerjaan.
  • Perubahan Dalam Organisasi-Perubahan dalam struktur dan pengurusan organisasi secara mendadak meningkatkan kekeliruan dan tekanan kepada pekerja

LANGKAH MENANGANI TEKANAN MENTAL

Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan Anda

  • Akui kekuatan dan kelemahan dalam diri anda
  • Bersikap positif semasa melakukan tugas dan tanggungjawab anda
  • Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan anda

Merasa seronok bekerja

  • Rancang Kerja Anda
  • Kendali masa anda dengan bijak
  • Beri keutamaan pada kerja yang penting
  • Jangan bertangguh
  • Elakkan membawa sebarang tugasan balik ke rumah
  • Mengagihkan kerja dengan baik

Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah

  • Lihat masalah dengan rasional dan raancang penyelesaian secara sistematik
  • Senaraikan masalah-masalah mengikut keutamaan serta langkah-langkah menanganinya
  • Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian
  • Ambil tindakan secara wajar
  • Mempunyai Sikap Yang Betul Terhadap Perubahan Dalam Kerja
  • Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistik terhadap apa jua perubahan yang berlaku

Rancang perubahan secara teratur

  • Amalkan Komunikasi Berkesan Di Tempat Kerja
  • Amalkan sifat tegas (assertive) bukan garang (aggressive)
  • Luahkan pendapat anda secara sopan, tegas dan jelas
  • Hormati pandangan rakan sekerja anda

Tingkatkan Sokongan Sosial Di Tempat Kerja

  • Wujudkan ikatan persahabatan sesama takan sekerja
  • Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu anda dan rakan sekeja di dalam menangani sebarang masalah
  • Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar
  • Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah

Amalkan cara Hidup Sihat

  • Luangkan masa untuk beribadah
  • Dapatkan tidur yang mencukupi
  • Bersenam selalu
  • Adakan aktiviti/hobi yang menyeronokkan
  • Jauhi diri dari arak, rokok dan dadah

Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh pada ajaran agama

ANDAKAH ANDA MANGSA TEKANAN MENTAL ? TANDA-TANDANYA

  • Bersikap ganas (Panas Baran)
  • Gelisah
  • Gangguan selera makan
  • Gangguan tidur
  • Hilang - tumpuan, motivasi
  • Kemurungan
  • Kerisauan yang berlebihan
  • Kelesuan
  • Mabuk arak
  • Mudah meradang
  • Perasaan bersalah

http://www.geocities.com/uitm_ot/psy_pekerjaan.htm

1 comment:

  1. Memang ciri ciri tekanan mental ada pada saya...

    Hilang Motivasi
    Hilang tumpuan
    Kelesuan...

    Saya perlukan pendorong dan perhatian agaknya...

    ReplyDelete